Saturday, 13 October 2012
Untuk Tiga Hari
1....2....3....
Hampir tak sedar ia berlalu sahaja
Nampak begitu mudah
Malafazkan segalanya
Mengaku ia sebagai cinta
Hampir tak sedar ia nya di depan mata
Asyik terleka
Asyik terlupa
Bukan nya mudah untuk dipersia
Walaupun wang bukan sandaran
Tapi ini bukan permainan dunia
Kebahagiaan sementara
Pasti lebih indah
Jika menuju kebahagiaan selamanya
Usah seperti kucing mengejar bayangnya sendiri
Dan harus sedar
Setiap keputusan adalah milik kita
Bukan milik sesiapa.
Monday, 1 October 2012
Bukan sekadar plastik
Ramai yang menanti seperti sang naga
Disambar pantas saat tika menjelma
Seperti sang rimau menunggu mangsanya
Yang disangka berbeza rupanya sama
Tidak banyak beza dari sebelumnya
Panjang dan si bercakap yang berbeza
Mungkin perubahan ketara pada punggung nya
Membuat kan ia sedikit ketara
Tapi tidak tertanding pemangsa dari hujung dunia
Hantarkan si gila menakluk dunia
Sedar tak sedar hampir semua mereka empunya
Kita terlalu taksub hingga terleka
Oh dunia.
Subscribe to:
Posts (Atom)