Monday, 22 April 2013
Kilat
Kadang-kadang panas
Kadang-kadang sejuk
Kadang-kadang mentari
Kadang-kadang hujan
Cuaca tak mungkin sama setiap masa
Tak pernah sekali di Kota London
Hari yang di sangka cerah
Pasti mendung seketika
Kita tak punya kuasa atas semua
Hanya mampu berdoa
Agar kilat tidak datang menyambar
Tatkala gembira
Kerana pasti akan ada yang kecewa
Seperti kita.
Friday, 19 April 2013
Damai.
Kau jemput
Aku datang
Kau tegur
Aku singgah
Kau halau
Aku pergi
Tidak pula aku menghalang
Bukan kerna aku enggan
Cuma aku mahu damai.
Wednesday, 3 April 2013
Kerna Kamu
Cerah gelap sinar malap
Semuanya kerna kamu
Intan mungkin sukar di cari
Tapi kamu hanya satu
Sedih ketawa muram ceria
Tapi kamu tetap satu
Riuh sunyi pasti beza
Kerna ada kamu
Bahagia duka
Kerna kamu.
Monday, 1 April 2013
Belakang
Berjalan perlahan menuju destinasi
Tak mampu memandang kiri dan kanan
Ke bawah ku lihat
Tak tahu ke mana arah di tuju
Hanya menanti saat tiba
Petunjuk arah semakin pudar
Berharap pasti pada pemandu arah
Tapi belum pasti selamat
Hanya bersama ke garisan penamat
Mampu jaga depan
Tak mungkin belakang.
Subscribe to:
Posts (Atom)