Saturday, 21 April 2012

Rindu Terasa


Perlahan-lahan kaki melangkah

Terasa berat setiap degupan

Se akan di tarik ke hadapan

Hanya mampu menoleh

Dengan memberikan senyuman

Sebak terasa pabila tangan melambai

Jeritan si kecil terngiang-ngiang

Masih tidak mampu mengerti perpisahan

Suara semakin halus setelah jauh berjalan

Tapi masih terdengar jeritan

Walaupun seketika

Moga masih segar dalam ingatan

Tersayang dan tercinta bersama

Masih ada rasa gembira terasa

Terbang ku jauh meninggalkan mereka

Berbekalkan doa yang dibawa

Jangan di persia harapan mereka

Hidup sendirian tidak terasa

Mungkin kerana terlalu biasa

Kadang kala terkenang mereka

Sebak mula terasa

Dan supaya tidak terleka

Doakan mereka selamat sentiasa

Oh rindu terasa.

No comments:

Post a Comment