Friday, 29 June 2012
Thursday, 28 June 2012
Wednesday, 27 June 2012
Pusing
Sepanjang mana langkahmu
Selaju mana lari mu
Pasti tetap kekal di situ
Kerna itu yang terbaik buat mu
Aku cuba terbang
Gapai awan yang tinggi
Menyentuh sipian langit
Tapi belum pasti milik ku
Ku genggam erat memori
Pantas ku gagah berlari
Agar tiada yang sempat mencuri
Kerna pasti suatu hari hilang tanpa ku sedari.
Friday, 22 June 2012
Kerna Kamu
Aku pernah derita
Aku pernah merana
Aku pernah meronta
Tapi tidak pula sesaat kurasakan hina
Kerna ku tahu kau juga manusia
Aku bahgia
Aku gembira
Aku suka
Tidak ku Pinta Pengganti yang serupa
Kerna yang lain tidak mungkin sama
Syukur sekarang hampir sempurna
Terima kasih buat semuanya
Tapi kau terpaksa ku lupa.
Thursday, 14 June 2012
Keliru
Terlalu singkat
Terlalu dekat
Terlalu mudah
Kau mampu datang dan pergi
Dengan bisu kau berlalu
Pasti ini dugaan bagiku
Semua ini pasti kan berlalu
Indahnya tika malam menjelma
Mampu memejam kan mata
Melupakan segala duka.
Friday, 8 June 2012
Ribut
Tak mungkin ribut selamanya
Menutupi ruang dengan segelap awan
Walaupun sukar lihat bintang di langit
Akan terlihat tika siang menjelma
Sama seperti kita
Sebenci mana padanya
Sebusuk mana baunya
Segelap mana warnanya
Akan tiba juga suatu saat
Bila hampir kita melupakannya
Sempat kita ketawa seketika
Tersenyum sendirian
Kerna pernah kita katakan
Ianya cinta.
Monday, 4 June 2012
Terlalu Hampir
Tidak mungkin merasakan jauh
Seperti dulu
Kini semakin hampir
Terlalu dekat
Malah mampu mendengar bunyi nafasnya
Ada ketika ku rasa gembira
Ada pula ku rasa takut
Usah difikir lagi
Harus di anggap kosong
Kosong dari minda ku
Kosong dari jiwa ku
Yang tinggal hanya detik dan waktu.
Sunday, 3 June 2012
Doa restu
Ke hulu ke hilir ku bawa
ku usung bagai kan sudah pasti milik ku
terlalu ikutkan nafsu
Bangga dan senyum selalu
terlalu alpa dengan realiti
Allah tahu apa terbaik untuk ku
itu semua kesilapan lalu
Ku pohon doa ampunkan dosa-dosa ku
usah bimbang dan ragu
bertaubatlah kerana itu yang kita mampu
berdoa agar tidak mengulangi kesilapan lalu
Mulakan hidup baru
usah mencari yang satu
Sudah pasti ada yang menunggu
teruskan dengan apa yang mampu
lakukan yang terbaik demi masa depan mu
akan tiba suatu masa
bila temu jodoh mu
sampaikan hajat pada kedua orang tua mu
pinta doa dan restu
agar kau bahagia dan kekal sampai akhir waktu
tapi jangan kau lupa mereka juga tanggungjawab mu
bahagiakan mereka
sayangi mereka
Tidak kira tempat dan waktu.
Subscribe to:
Posts (Atom)