Sunday, 3 June 2012
Doa restu
Ke hulu ke hilir ku bawa
ku usung bagai kan sudah pasti milik ku
terlalu ikutkan nafsu
Bangga dan senyum selalu
terlalu alpa dengan realiti
Allah tahu apa terbaik untuk ku
itu semua kesilapan lalu
Ku pohon doa ampunkan dosa-dosa ku
usah bimbang dan ragu
bertaubatlah kerana itu yang kita mampu
berdoa agar tidak mengulangi kesilapan lalu
Mulakan hidup baru
usah mencari yang satu
Sudah pasti ada yang menunggu
teruskan dengan apa yang mampu
lakukan yang terbaik demi masa depan mu
akan tiba suatu masa
bila temu jodoh mu
sampaikan hajat pada kedua orang tua mu
pinta doa dan restu
agar kau bahagia dan kekal sampai akhir waktu
tapi jangan kau lupa mereka juga tanggungjawab mu
bahagiakan mereka
sayangi mereka
Tidak kira tempat dan waktu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment