Saturday, 14 July 2012

Janji


Satu demi satu
Lidah mudah berbicara
Banyak yang di kata
Tapi masih tidak terlaksana

Setiap janji harus diperkota
Sekurangnya harus terus berusaha
Bukan hanya berdiam diri
Tanpa khabar berita

Kita hanya manusia biasa
Sukar mengotakan semua
Kerana terlalu gembira
Menjadi kan ia suatu pembual bicara

Maaf boleh dipinta
Kerana Syawal bakal menjelma
Tapi bukan itu penamatnya

Harus berubah untuk meninggalkannya.

No comments:

Post a Comment