Wednesday, 8 August 2012

Kegagalan Bukan Penghalang


Yang jatuh pasti lagi ramai dari yang bangkit
Yang susah lagi penuh dari yang senang

Ketakutan menjadi benteng
Untuk terus mara ke hadapan

Tapi manusia lebih rela undur
Kerana ia nampak lebih mudah

Melepaskan yang di pikul
Mencampakkan yang di beban

Ini pasti dugaan dan cabaran bagi setiap insan
Maka jangan goyah saudaraku

Perlahankan langkahmu
Berhenti jika perlu
Dongakkan kepalamu
Susdah pasti ada pintu yang menunggu.


No comments:

Post a Comment