Tegar berlari sampai penat
Kejar dan terus kejar
Seolah-olah semakin dekat
Dengan garisan penamat
Kerah seluruh tenaga
Percepatkan langkahku
Masih mampu tersenyum sipu
Kerana tiada yang di hadapanku
Semakin lama masa berlalu
Terasa perlahan pergerakan ku
Di pintas satu persatu
Akan terlalu yakin dengan diri
Alpa tentang sekeliling ku
Terlalu memandang rendah
Habis semua usahaku.
No comments:
Post a Comment