Sunday 9 December 2012

Serabut


Ada ketika dulu aku benci

Berbisik di hati

Yang tak mungkin aku miliki

Terlalu asyik melayan diri

Hampir terlupa usul sendiri

Sifat yang sering di alami

Terbawak sampai ke hari ini

Bukan kenapa dan mengapa

Cuma leka demi duniawi.

Monday 26 November 2012

Cerita biasa


Kejap-kejap hilang

Kejap-kejap ada

Tenggelam timbul

Bila di cari tiada

Rupanya mengintai dalam diam

Sebijik macam buaya

Tapi manusia pun apa kurangnya

Bila senang bersama

Bila susah terpinga-pinga

Pejam celik

Dah terserempak tapi buat-buat tak nampak

Bila ditegur baru nak menyapa

Penuh dusta.


Wednesday 21 November 2012

Teman Pena


Aku intai perlahan-lahan

Aku jenguk diam-diam

Aku lalu tanpa bunyi

Aku singgah tanpa suara

Aku tunggu dalam diam

Kerna karya kau penuh mendalam.






Sunday 18 November 2012

Cuba Teka


Yang biru itu hijau

Yang merah itu hitam

Yang putih itu kuning

Yang gelap itu terang

Yang manis itu duri

Yang masam itu bisa

Yang gelak itu duka

Yang pahit itu kita.

Tuesday 6 November 2012

Hampir Terlihat


Bukan berahsia

Bukan menyorok

Pastinya ia seolah permainan

Yang kuat mengejar yang lemah

Yang lemah mengejar yang sakit

Seperti Cinderalla yang sering di buli

Mendiamkan diri

Memencil hati

Rela di benci dari dimaki

Rela di buli dari di caci

Gembira diri tak nampak di luar

Cukup hanya di hati.

Saturday 13 October 2012

Untuk Tiga Hari


1....2....3....

Hampir tak sedar ia berlalu sahaja

Nampak begitu mudah

Malafazkan segalanya

Mengaku ia sebagai cinta

Hampir tak sedar ia nya di depan mata

Asyik terleka

Asyik terlupa

Bukan nya mudah untuk dipersia

Walaupun wang bukan sandaran

Tapi ini bukan permainan dunia

Kebahagiaan sementara

Pasti lebih indah

Jika menuju kebahagiaan selamanya

Usah seperti kucing mengejar bayangnya sendiri

Dan harus sedar

Setiap keputusan adalah milik kita

Bukan milik sesiapa.

Monday 1 October 2012

Bukan sekadar plastik


Ramai yang menanti seperti sang naga

Disambar pantas saat tika menjelma

Seperti sang rimau menunggu mangsanya

Yang disangka berbeza rupanya sama

Tidak banyak beza dari sebelumnya

Panjang dan si bercakap yang berbeza

Mungkin perubahan ketara pada punggung nya

Membuat kan ia sedikit ketara

Tapi tidak tertanding pemangsa dari hujung dunia

Hantarkan si gila menakluk dunia

Sedar tak sedar hampir semua mereka empunya

Kita terlalu taksub hingga terleka

Oh dunia.


Tuesday 25 September 2012

Memo


Rendah atau Tinggi

Kurus atau Tembam

Comel atau Cantik

Bijak atau Cerdik

Sopan atau Tabah

Wanita atau Gadis

Tua atau Muda

Bujang atau Janda

Sederhana atau Kaya

Akauntan atau Peguam

Jauh atau Dekat

Pilihan Sendiri atau Pilihan Keluarga

Dia atau Dia

Masih belum pasti

Kerna itu semua ketentuan Nya.


Wednesday 19 September 2012

Popular


Tidak lah aku gila glamour

Atau pun menumpang kegilaan orang lain

Bukan lah juga suka dikejar

Ada pun mengejar

Jangan pula di label murahan

Kerana tidak ku kenal erti famous

Pandang lah aku

Lihat lah aku

Kenali aku

Baru kau tahu siapa diriku.

Monday 17 September 2012

Sepintas lalu


Yang kecil menangis
Yang besar ketawa

Yang kecil dibuli
Yang besar gembira

Yang kecil terguris
Yang besar bergurau senda

Yang kecil menyapa
Yang besar pejamkan mata

Yang kecil bersuara
Yang besar berlaga

Yang kecil membantah
Yang besar terdiam sahaja.

Monday 10 September 2012

Beza


Suka tak semestinya gembira

Duka tak semestinya sedih

Sakit tak semestinya pedih

Luka tak semestinya parut

Calar tak semestinya kedut

Salah tak semestinya gagal

Geletek tak semestinya geli

Benci tak semestinya putus

Hati tak semestinya sama.

Monday 3 September 2012

Its not you but its me


Having so much trouble all these years
The same thing over again

Not my will to stop
But trying hard to avoid

Hit me every single time
When it happens

All those past
Will stay where it should be

There's no point looking at it
Because now it becomes a memory

You are stronger than me
I know you look at it differently

I can't tell you how I feel
It won't resolve anything

So believe when I say

Its not you
But its me.

Thursday 30 August 2012

Sama Tapi Tak Serupa


Ya
Ia sama

Tapi
Ia tak serupa

Tidak
Bukan membanding

Cuma
Berbeza

Harus
Tetap kekal

Kerana
Mungkin selamanya

Buang
Yang keruh

Ambil
Yang jernih.

Tuesday 21 August 2012

Misteri



Saat aku gembira
Kau perhati

Saat aku ketawa
Kau senyum sekali

Saat aku gundah gulana
Kau layani hati

Saat aku kecewa
Kau tetap menanti

Saat aku marah
Kau tetap disisi

Saat aku pudar
Kau sinarkan kembali

Saat aku hilang
Kau hadir dalam mimpi.


Monday 20 August 2012

Saturday 18 August 2012

Persimpangan


Setiap kunjungan
Akan penuh pilihan

Tapi belum pasti mudah memilih
Dan tak semudah disangka

Selera manusia tak akan sama
Pandangan mereka berbeza

Kau katakan ya
Mereka katakan tidak

Setiap titik noktah
Ada kesan nya

Samada kau
Atau mereka

Kau pasti punya pilihan
Menentukan jalan hidup mu

Jangan pernah menyesal
Jangan takut melangkah

Setiap jalan pasti penuh persimpangan.

Wednesday 15 August 2012

Sifat


Putih
Otot
Kacak
Tampan
Menawan
Licin
Petah
Gaya

Itu bukan aku

Nyata
Jernih
Sopan
Tabah
Sabar
Hemah
Bijak
Hormat

Itu yang aku mahu.

Tuesday 14 August 2012

Hanya Seketika


Buat seketika

Aku dapat merasa

Setiap nadi di sekeliling

Seolah2 merasakan

Apa yang aku rasakan

Buat sesaat

Aku lemas

Lelah dengan lakonan

Buat sedetik

Aku tewas

Dengan haloba ku

Aku juga punya hawa nafsu

Terhadapmu.

Monday 13 August 2012

Rintihan Hati Setiap Gadis



yang ku pinta bukan kedudukan teratas,
yang ku pinta bukan keutamaan,
yang ku pinta bukan duduk melutut didepanku,
yang ku pinta bukan bukan utkmu menjadi romantik,
yang ku pinta bukan dirimu berubah untukku,
yang ku pinta bukan untukmu mengikut kata-kataku,
yang ku pinta bukan untukmu melapor diri padaku,
yang ku pinta bukan sentiasa berpegang tangan,
yang ku pinta bukan kata manismu,
yang ku pinta bukan ucapan cintamu,


tapi yang ku pinta....

sesekali, curi pandanglah aku,
sesekali, belaikan jejarimu dirambutku,
sesekali, sentuhilah wajahku,
sesekali, letakkanlah tanganmu dibahuku,
sesekali, genggamlah tanganku,
sesekali, pekalah terhadap gerak geriku,
sesekali, berborak kosonglah denganku,
sesekali, berkhayallah denganku,
sesekali, bergurau sendalah denganku,
sesekali, gelak tawalah denganku,
sesekali, berilah senyuman tanpa sebarang sebab padaku,
sesekali, fahamilah diriku,
sesekali, ucapkanlah kata rindumu,
sesekali, adakanlah dirimu untukku...

yg ku pinta hanya sesekali.....


- HV -

Saturday 11 August 2012

Antara Dua Darjat


Ada yang diatas
Ada yang di bawah

Pasti ada di hadapan
Pasti ada juga di belakang

Disisih dari berdampingan
Sudah menjadi lumrah dunia

Tak mungkin sama antara dua
Jangan bermimpi bersama

Kerna belum pasti bersatu nanti.

Wednesday 8 August 2012

Kegagalan Bukan Penghalang


Yang jatuh pasti lagi ramai dari yang bangkit
Yang susah lagi penuh dari yang senang

Ketakutan menjadi benteng
Untuk terus mara ke hadapan

Tapi manusia lebih rela undur
Kerana ia nampak lebih mudah

Melepaskan yang di pikul
Mencampakkan yang di beban

Ini pasti dugaan dan cabaran bagi setiap insan
Maka jangan goyah saudaraku

Perlahankan langkahmu
Berhenti jika perlu
Dongakkan kepalamu
Susdah pasti ada pintu yang menunggu.


Sunday 5 August 2012

Ujian bersama


Waktu ini pasti indah bagi setiap Hawa
Pabila  hadir seorang Adam
Ingin mendekati
Mengenali hati budi

Persiapan mula diatur
Perkenalan dierati

Terlalu asyik mencari manik berseri
Sering terlupa niat dihati

Tema baju
Warna pelamin
Gubahan bunga

Bukan penentu kebahagiaan kelak nanti

Setiap jalan itu pasti ada dugaan nya.

Thursday 26 July 2012

Selamat Hari Lahir


Selamat Hari Lahir to that special someone...

You know who you are

Semoga apa yang diimpikan menjadi realiti

Yang di nanti dapat menceriakan sanubari

Jangan lupa dengan nikmat yang diberi

Itu semua sementara

Yang hakiki hanya Dia

And for today

Just have a wonderful day

Enjoy every seconds of it

Because you only going to turn that age once

And have a blast!


:)



Sunday 22 July 2012

Hari esok


Ruang yang kosong di hati manusia
selalu tercari-cari
untuk di isi
samada dengan
kasih sayang
harapan
mahupun semangat

Tapi kadang-kadang
apa yang datang pada kita
bukan seperti yang kita harapkan

Yang ada cuma
kekecewaan
kesedihan
dan kesunyian

Semoga hari ini
ketabahan dan kesabaran menemani kita

Dan InsyaAllah
pasti hari esok
Dia akan anugerah pengubat luka sebelumnya.

Friday 20 July 2012

Ramadhan 1433


Bismillah



Salam Ramadhan 1433 Hijrah




Rejab berlalu dengan pantas nya
Terlalu leka dengan dunia
Mengejar kepuasan sampai leka
Melakukan ibadah kepada-Nya


Ramadhan hadir tanpa disedari
Berpuasa hampir 18 jam sehari
Dengan penuh harapan dan kekuatan
Berdoa agar tetap utuh

Kekal dan hayati setiap yang menanti.


Wednesday 18 July 2012

Cantik


Cantik itu subjektif

Yang buruk bagi mu

Cantik pula di mataku

Kau penuh malu

Aku pula tidak segan silu

Indah di pandangan mu

Pelik pula di hatiku

Hidup bagai tak menentu

Tapi kau tetap yang satu.

Sunday 15 July 2012

Pembual Bicara


Di saat kau kesepian
Pasti ada hamba lain yang datang menjelma
Menemani hari-hari mu yang mendatang

Tidak kau memanggil
Malahan pula menyerunya
Seakan-akan ia tahu diri keseorangan tanpa teman

Saat itu juga akan hadir bisikan halus
Agar tidak menoleh pada yang dulu

Pasti kau ternoda dan terpaku
Merasakan ini masa depan mu
Penentu arah tuju mu

Tika saat itu
Fikir apa yang terbaik buat mu
Jangan biarkan nafsu mengawalmu

Kerna kau tahu
Dia mungkin hanya teman bual bicara
Yang hadir hanya untuk seketika.

Saturday 14 July 2012

Janji


Satu demi satu
Lidah mudah berbicara
Banyak yang di kata
Tapi masih tidak terlaksana

Setiap janji harus diperkota
Sekurangnya harus terus berusaha
Bukan hanya berdiam diri
Tanpa khabar berita

Kita hanya manusia biasa
Sukar mengotakan semua
Kerana terlalu gembira
Menjadi kan ia suatu pembual bicara

Maaf boleh dipinta
Kerana Syawal bakal menjelma
Tapi bukan itu penamatnya

Harus berubah untuk meninggalkannya.

Monday 9 July 2012

Hanya sekali


Kau muncul
Kau hilang

Hanya bertahan sekejap saja
Sukar bagi ku mengingatnya kembali

Mungkin sekadar seketika
Tapi bukan selamanya

Sepaksa mana sekalipun
Sekuat mana ku cuba
Pasti tidak akan bersama mimpi itu lagi.

Sunday 1 July 2012

Pantas Berlalu



Di hitung hari demi hari yang berlalu
Setahun pasti pergi tanpa segan silu

Menjeling melihat apa yang berlaku
Suka duka pahit manis
Indah gembira sedih menangis
Penuh mengisi kekosongan waktu

Yang datang dengan harapan
Yang hadir dengan kegembiraan

Juga

Yang pergi tanpa disedari
Yang meninggalkan dan tak kembali

Kehidupan yang berlalu pantas
Sukar untuk di tandingi

Maka fikir setiap langkah ditempuhi.

Friday 29 June 2012

Siulan



Aku jerit
Aku bisik
Aku hembus

Tiada yang mendengar

Aku siul

Masih tiada yang mendengar.

Thursday 28 June 2012

Wednesday 27 June 2012

Pusing



Sepanjang mana langkahmu
Selaju mana lari mu
Pasti tetap kekal di situ

Kerna itu yang terbaik buat mu

Aku cuba terbang
Gapai awan yang tinggi
Menyentuh sipian langit

Tapi belum pasti milik ku

Ku genggam erat memori
Pantas ku gagah berlari
Agar tiada yang sempat mencuri

Kerna pasti suatu hari hilang tanpa ku sedari.

Friday 22 June 2012

Kerna Kamu



Aku pernah derita
Aku pernah merana
Aku pernah meronta

Tapi tidak pula sesaat kurasakan hina
Kerna ku tahu kau juga manusia

Aku bahgia
Aku gembira
Aku suka

Tidak ku Pinta Pengganti yang serupa
Kerna yang lain tidak mungkin sama

Syukur sekarang hampir sempurna
Terima kasih buat semuanya
Tapi kau terpaksa ku lupa.

Thursday 14 June 2012

Keliru



Terlalu singkat
Terlalu dekat
Terlalu mudah

Kau mampu datang dan pergi
Dengan bisu kau berlalu

Pasti ini dugaan bagiku
Semua ini pasti kan berlalu

Indahnya tika malam menjelma
Mampu memejam kan mata
Melupakan segala duka.

Friday 8 June 2012

Ribut



Tak mungkin ribut selamanya
Menutupi ruang dengan segelap awan
Walaupun sukar lihat bintang di langit
Akan terlihat tika siang menjelma


Sama seperti kita
Sebenci mana padanya
Sebusuk mana baunya
Segelap mana warnanya


Akan tiba juga suatu saat
Bila hampir kita melupakannya
Sempat kita ketawa seketika


Tersenyum sendirian
Kerna pernah kita katakan
Ianya cinta.



Monday 4 June 2012

Terlalu Hampir

Tidak mungkin merasakan jauh
Seperti dulu

Kini semakin hampir
Terlalu dekat
Malah mampu mendengar bunyi nafasnya

Ada ketika ku rasa gembira
Ada pula ku rasa takut

Usah difikir lagi
Harus di anggap kosong

Kosong dari minda ku
Kosong dari jiwa ku

Yang tinggal hanya detik dan waktu.

What's Going On











A father and daughter video     :)

14 days to go




dub...dub...

dub...dub...





14 days to go...

Sunday 3 June 2012

Doa restu


Ke hulu ke hilir ku bawa
ku usung bagai kan sudah pasti milik ku
terlalu ikutkan nafsu
Bangga dan senyum selalu
terlalu alpa dengan realiti
Allah tahu apa terbaik untuk ku
itu semua kesilapan lalu
Ku pohon doa ampunkan dosa-dosa ku

usah bimbang dan ragu
bertaubatlah kerana itu yang kita mampu
berdoa agar tidak mengulangi kesilapan lalu

Mulakan hidup baru
usah mencari yang satu
Sudah pasti ada yang menunggu
teruskan dengan apa yang mampu
lakukan yang terbaik demi masa depan mu

akan tiba suatu masa
bila temu jodoh mu
sampaikan hajat pada kedua orang tua mu
pinta doa dan restu
agar kau bahagia dan kekal sampai akhir waktu

tapi jangan kau lupa mereka juga tanggungjawab mu
bahagiakan mereka
sayangi mereka
Tidak kira tempat dan waktu.




Thursday 31 May 2012

Jason Mraz - I Won't Give Up















I wont give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving all my love
I'm still looking up


Ke hujung Dunia



Dunia ini luas
Aku bisa lihat jauh
Tapi masih belum nampak hujungnya

Seperti detik ku
Tidak ku tahu ke mana arah tujuku
Apa termaktub buat ku
Yang tertulis di Luh Mahfuz

Yang pasti
Ada jalan yang menanti
Apa yang terbaik dari Mu
Adalah terbaik buat ku

Yang tinggal hanya satu
Bagi ku lalui perjalanan hidupku
Tanpa kira detik dan waktu.

Wednesday 30 May 2012

The Late SSA



The way you smile
The way you talk
The way you laugh

No one can ever hate you

But even if they do
Its just because they don't even know you
And they can never be like you

So many memories we had with you
Even more for someone that close to you

Even when you were sick
You still can play it cool
But everybody knew
Your heart were torn into two

It was so hard when we heard bout you
Didn't get the chance to talk to you
To say sorry for all we did to you

Still remember
On that rainy afternoon
We came
But we were too late

So we sat and pray

"Please Allah forgive her"
"Only you are The Most Forgiver"
"Keep her safe"  - Amin -


We can never stop missing you
But He knows what's best for you
And He loves you more than we do.



Al-Fatihah.






The person shall not be name but I would be thankful if you could also recite an Al-fatihah for Arwah.



And she had the chance to wrote this letter before she passed away :-




hye




I am 22 years old and is a patient of synovial sarcoma. My boyfriend suggested me writing here since i'm pretty worried of my sickness. I've been diagnosed with this sickness recently, which is a month ago. I had this lump on my left elbow since august 2010. I never had a clue that it was dangerous because i seem fine. I went to the hospital in KL, and they did some test on me (biopsy, mri and ultrasound). At first the doctors thought that it's schwannoma. On march 24th, 2011, i had a surgery to remove the lump and it is sent to the lab for further research. After 3 weeks, the doctors said that it was malignant. Since after the surgery, it seems that i can't bend my left arm. When i met the doctors to take the result, it is said that the cancer cells incurred in my joint and they have to remove the joint and replace it with an implant. Now the doctors are waiting for the report since they sent it overseas to have a further research. The doctors are waiting for the report to know what's the next step. I am totally scared if i won't survive.





I hope someone could share their stories similar to mine and i would love to hear some encouraging words. It is great to hear and read some of your stories.




Monday 28 May 2012

Senyum


Senyum itu sedekah

Kalau pada saat marah
Kita mampu tersenyum
Pasti buat orang lain jelik

Dan

Kenapa harus berduka
Sedangkan kita mampu gembira

Usah hirau kan cacian orang
Usah gusar makian orang

Semakin di telan semakin pedih
Barangkali makin sakit

Tapi

Tak salah kita memaafkan yang lain
Kita juga punya silap dan salah

Seperti manusia lain.

: )

Friday 25 May 2012

Tentang Dhia


Sungguh
Aku terlalu mencintaimu
Tetapi aku tidak mungkin jadi milik mu

Satu ketika dulu
Kau dan aku hamoir bersatu
Tapi Allah lebih menyayangi mu
Menemukan jodoh yang lebih baik dari ku

Terlalu sukar bagi ku melupakan mu
Tapi Dia juga sayangkan ku
Pasti ada yang lebih baik buat ku

Aku bukan jutawan mahupun bangsawan
Bukan intan berlian menjadi sandaran
Hanya kasih mesra mampu ku tawarkan

Janji kita hanya janji manusia
Hebat bila lidah berkata
Tapi tak mungkin diperkota semua
Kerana kita masih insan biasa

Kini ku senantiasa doakan mu
Bahagia selalu
Maka lupakan aku
Kau sudah ada yang satu

Biarkan aku bersama hidupku
Izinkan ku pergi
Dengan rela
Kerna aku juga punya arah tuju.

Waktu



Semua punya sama waktu
Tidak sesaat mahupun sedetik lebih

24 jam sehari
7 hari seminggu

Tapi tidak akan pernah cukup
Dan sering menyalahkan waktu

Kata-kata kesat dilempar
Tanpa sempat berfikir sebelumnya

Tapi apakan daya
Kita manusia

Masih sering menyalahkan sesuatu
Kerna tidak mahu mengaku.

Thursday 17 May 2012

Tewas



Tewas

tidak semestinya kalah
tidak mungkin sama sekali menang
tidak akan jadi juara

tapi

Pasti buat kau sedar
Pasti bagi minda kau bangkit
Pasti ada pengajaran

kerana

Ia akan buat kau rasa kekecewaan
Ia akan jatuhkan semangat mu
Ia akan lemahkan tenaga mu

dan

Dengan itu kau tahu kebolehan mu
Dengan itu kau pasti memberi yang terbaik
Dengan itu kau akan tahu ke mana arah tujumu.



Pemilik cintamu



Pasti bingung
Persoalan demi persoalan
Siapa pemilik cinta hatimu

Hari demi hari
Waktu demi waktu
Detik demi detik dihitung

Mungkin bukan satu,dua mahupun tiga
Jumlah bukanlah di cari
Tapi kepastian dinanti

Bila tiba saat itu nanti
Bersedia tuk harungi
Susah senang liku yang bakal dilalui

Agar kekal abadi.



InsyaAllah.

Monday 14 May 2012

guitar



Yes!!!

I need a new guitar

Believe it or not

Been looking in e-bay

and trust me when I say

Its so cheap that makes you want to buy them all



:)

aku punya nafsu



aku juga punya nafsu
aku juga punya keinginan
aku juga punya perasaan

tidak pernah ku menolak
jangan kan pula menepis
inilah rezeki

ku ramas
ku genggam
ku gigit

ku tatap buas
ku hidu puas
ku telan keras

tapi kesannya jelas
tidak ku rasa dosa
malah bersyukur


semakin besar
semakin berisi
tapi masih belum capai hasrat dihati


dimula doa
di akhiri Alhamdulillah

tidak pernah tinggal 6 kali sehari
mengalahkan solat fardhu sehari
telah ku cuba kurangkan nafsu dihati
malangnya gagal di bisik rezeki

aku tembam
aku berisi
mungkin kau dengki
kerana menahan dari berisi.



:)

Thursday 10 May 2012

Pasti terdetik



Aku terpegun tatkala
Berlari-lari anak di pantai
Pasir yang lembut pasti tidak terasa sakitnya
Pasir yang kasar pasti rasa panasnya

Tapi pasti hilang perasaan itu tatkala melihat lautan luas
Kelihatan biru warnanya

Jernih sehingga kelihatan dasarnya
Rumpai seolah-olah turut gembira
Melambai-lambai kiri dan kanan

Ikan berenangan bebas
Tidak peduli tentang apa dan siapa
Tidak goyah walaupun sedetik
Menunggu saat di telan lain
Atau mati kesepian

Tapi Satu hari pasti
Semua ini tiada lagi
Tidak pernah terfikir tentangnya
Tidak terdetik menghormatinya

Tatkala ia menghilang
Pasti di cari-cari
Ternanti-nanti
Termimpi-mimpi

Tiada gunanya lagi
Sudah pasti jauh di hati.




Tuesday 8 May 2012

Lari ke Hutan



Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku
Ku lari ke pantai kemudian teriakku
Sepi, sepi dan sendiri


Aku benci 
Aku ngin bingar
Aku mau di pasar

Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti bejelaga

Jika ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya
Biar ramai 
Biar mengaduh sampai gaduh


Ada Malaikat menyulam
Jaring laba-laba belang
Di tembok keraton putih


Kenapa tak goyangkan saja loncengnya
Biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan
Belok ke pantai







- AADC - 

Monday 7 May 2012

Cinta itu...



Cinta itu ada kekuatan

Yang mampu

Mengubah Duri jadi Mawar

Mengubah Cuka jadi Anggur

Mengubah Malang jadi Untung

Mengubah Sediah jadi Riak

Mengubah Syaitan jadi Nabi

Mengubah Syaitan jadi malaikat

Mengubah Sakit jadi Sihat

Mengubah Bahil jadi Dermawan

Mengubah Kandang jadi Taman

Mengubah Penjara jadi Istana

Mengubah Amarah jadi Ramah

Mengubah Musibah jadi Muhibah.




- KCB-

Tuesday 1 May 2012

Sang Pencari



Tangan tergapai2

Mata merayau2

Bibir terkumat-kamit

Kaki tak sabar berlari

Tak henti menuding jari

Fikiran terus melayang

Mimpi Sang Pencari

Tapi belum pasti ada yang ternanti

Maka

Usah tergapai2-gapai

Usah merayau-rayau

Usah terkumat-kamit

Usah berlari-lari

Usah menuding jari

Usah melayang-layang

Pasti akan ada satu hari nanti

Tadahkan tangan

Minta pada yang Satu

Agar kami dapat bersatu.







Monday 30 April 2012

Selamat Menari ke Bulan



ku jumpa dia di taman

taman indah di kala purnama mengambang

mata pun bertentang mata

senyuman terukir menyapai nya

resah ku pun hilang

sudah lidah ku kelu

tanpa sepatah kata

berani kan diriku

dan mula mengatur kata

kita pun mula berbicara

kita menari ke bulan

berpegangan tangan

sambil mata terpejam

kita terapung di udara

bila sampai disana mata kita terbuka bulan jadi saksi

cinta kita berdua

habis masa kita pulang

tapi hati tidak mahu pergi

dari sisi mu

berteman kan bulan bintang

dari teman biarlah menjadi istimewa

dan ku tuliskan lagu

selamat menari ke bulan

dengarkan nyanyian ku

rasa cinta yang terpendam


kita pun mula berbicara

kita menari ke bulan

berpegangan tangan

sambil mata terpejam

kita terapung di udara

bila sampai disana mata kita terbuka bulan jadi saksi

Cinta kita berdua.




 -  Jojo, Jalal & Aziz  -



For No One Else



Smile every morning for just  no reason

Laugh with no worries of them calling you crazy

Walk alone whenever you are free

Dance till you break the dance floor

Sing till you throat is raw

Believe only to the words you said

Trust no one but yourself

Because at the end of the you will be standing all Alone.

Saturday 28 April 2012

Bersih 3.0



Adakah ini satu Reformasi? Demonstrasi? Perhimpunan




Apakah yang diminta adalah Perbincangan? Tuntutan? Paksaan?








Terlalu banyak spekulasi dan percanggahan pendapat oleh pelbagai pihak mahupun ahli politik, pegawai tadbir, media masa, ahli2 ulama, rakyat-rakyat dan yang paling penting adalah kaum muslimin dan muslimat di Malaysia tentang isu-isu yang dibangkitkan dan hujahan dan perdebatan yang berlaku dari setiap sudut.






Isu-isu pertikaian yang sering timbul adalah :-



1) Wajarkah Bersih melakukan perarakan "Demonstrasi" mengelilingi ibu kota seperti yang di war-warkan sedangkan cukup sekadar berhimpun di suatu tempat yang lebih terkawal bagi menyuarakan pendapat




2) Adakah ini dikatakan"Hak bersuara" dengan melakukan perarakan dan saja ingin menimbulkan kekecohan dan menguji kesabaran pihak berkuasa seperti polis, rela dan tentera.




3) Bukankah sekiranya ingin betul2 bersuara dan ingin meluahkan perasaan yang terpendam dan tidak puas hati dengan sistem yang sedia ada boleh melalui cara lain seperti membuat satu jawatan kuasa yang di anggotai pakar2 analisa dan pendebat2 tentang isu yang ingin di utarakan dan bukan nya sengaja berhimpun dan kemudiannya berarak sepertiingin menimbulkan kekecohan.




4) Adakah ini seperti yang di ajar  oleh Islam dan mengikut syariat2 Islam dan mengikut sunah2 dan tuntutan Rasulullah?




5) Ke manakah suara pemimpin2 Pas ataupun ahli2 ulama yang lain tentang isu Bersih ini? Dimanakah hadis2 dan sunah yang harus di ikuti dan samada cara menyuarakan pendapat seperti ini di tuntut dalam Islam?




6) Apakah Islam mengajar kita tentang berdemonstrasi seperti ini? Ataupun bersifat sabar dan masih ada cara lain yang masih boleh digunakan untuk memastikan keamanan, keadilan dan kebersihan politik, negara, dan sistem mahupun apa saja isu yang di timbulkan masih mampu mengikut syariat2 Islam




7) Adakah Ambiga dan konco2 nya hanya menggunakan isu pilihan raya dan "Bersih" bagi menarik rakyat serta masyarakat Islam untuk mengikuti mereka dan 'kononnya' menegakkan keadilan tetapi mempunyai  agenda lain disebalik keadilan yang di tuntut? Dan sedarkah umat Islam di Malaysia tentang perkara itu tetapi sebaliknya masih berkeras untuk bersama menuntut "Keadilan" di sisi mereka yang sudah pasti bukan Islam dan ada sejarah menjatuhkan Islam sebelum ini? Sedarkah umat Islam tentang perkara itu atau hanya memejam mata sebelah dan "berniat' atas dasar ingin memperjuangkan keadilan? Adakah ini Islam dan adakah ini betul?




8) Kenapakah pihak polis dan berkuasa dipersalahkan sedangkan mereka hanya melakukan kerja mereka? Harus dan wajarkah di maki hamun dan di caci setelah di pukul dan di tangkap sedangkan anda yang berarak tanpa kebenaran dan demonstrasi yang konon nya hanya setempat sudah bertukar menjadi perarakan mengelilingi ibu bota? dan lupakah bahawa mereka juga manusia biasa yang mempunyai tahap kesabaran yang tertentu? Dan yang menyedihkan umat Islam sendiri yang bersifat kemudian, maka haruskah kita sesama Muslim berdebat antara satu sama lain? Benarkah ini yang dikatakan "Hak Bersuara" atau sebenarnya sahaja ingin menunjuk cacat cela pihak berkuasa dengan menguji kesabaran mereka?
Seperti ada udang di sebalik batu




9) Kenapakah tuntutan2 yang dibuat oleh pihak Bersih tentang pilihan raya baru sekarang Kerajaan ingin laksanakan mahupun di pandang sedangkan sudah 12 kali pilihan raya diadakan? Tidak pernah kah terdetik oleh Kerajaan untuk mengkaji tentang isu2 itu? Bukan kah kerajaan juga mempunyai analisa2 yang ternama?      Kenapakah isu timbul baru kelam-kabut nak ambil tindakan? Memang selama ini dipandang remeh atau sengaja di sembunyikan dan ingin menandingin parti2 lain? Atau memang sistem kerajaan Malaysia iaitu pentadbirnya, pegawai2 nya, ahli2 parlimen dan atur cara sistem itu sendiri tidak betul dan harus lebih diperbaiki?
Dah terhantuk baru nak ternadah




10) Apakah tindakan2 yang sewajarnya di ambil setelah ada pihak yang sudah berani mempertikaikan institusi perlembagaan Malaysia? Mungkinkan selepas ini tuntutan seperti kaum melayu sebagai bumiputra di hapuskan dan Malaysia sebagai negara Islam di mansuhkan? Dan mungkin kah juga ini adalah isu dan agenda yang tidak diketahui oleh rakyat2? Apakah pemahaman tentang "Hak Bersuara" dan adakah ini hanya sekadar helah bagi mengaburi tujuan yang sebenar?









I should stop there because I think it would be enough to make us realise the true "agenda' of Bersih. And I'm not saying that I am against it and not also that I am supporting it. There are lots of way to look about it and its up to the individual to judge it. As for now I wont even going to try to answer all the Q's yet until I the Bersih is done today and I've gather up enough information to support my answers later (because I know there will be lots of people are supporting it and will condemn me later on) so I will take my time doing it.





But the bottom line here is, what are the really main agenda of Bersih? Because as far as I am concern, all Ambiga asked was not only all 10 issues being resolved before the elections but also FOR THE ELECTION TO BE POSTPONED! And she said in the latest debate with Khairy Jamaluddin (KJ) that she won't sit in one table with EC/SPR because they can't be trusted and is not doing their job well. And she wanted to sit with the MP's and the expert teams and she will bring hers and what she wanted was not a DISCUSSION but a DEBATE.




This shows that all along what she wanted was a war and not a discussion and nothing to do with "Freedom to talk" because if she willing to pu everything a side and really doing it for the "rakyat" (and not for herself) then she would willingly to sit with them and discuss all the issues together and try to improve. Of course it would be better to have a third opinion especially from the rakyat itself so that the "systems" can be improve but not to condemn and rule the government. Can't you see that what she wants (niat) and what she fighting for from the beginning is already wrong? This is not for the people but only for herself and a few more people at the top who wants more power and over-ruling the governments and make some more chaos in the country?






Wouldn't you be afraid if another 13 May would happen once again? I won't be in suprise but are we prepared for it?





But Who is she to asked...let me rephrase it...WHO IS SHE TO GIVE ORDERS to the Governments, Election Committes (EC)/ SPR to POSTPONE the election? That is not "Kebebasan Hak Bersuara" any more but it is more to "giving orders and instructions" to what they should or should not do.





You know what this reminds me at? Lina Joy's case where she won the case and over ruling everyone else and used the Constitution of Malaysia to help Lina Joy's apostasy (murtad) where she stated that Constitutionof Malaysia does not deprive Muslims from equality and freedom of religion. Doesn't it sounds the same? She is playing around with the Constitution to get what she wants. And us the muslims are supporting and granting all her wishes from the sides.





Don't you ever forget that she was also the one who also came out with the issue of Interfaith Commission (IFC) and who was against the Islamic Forum where she made 14 demands/issues that was raised which concerning about syariah law and the rights of Muslims for freedom of religion. And this just happened not long time ago on 2008!







All my statements above was made as I am a Muslim. Where I believe there are sometimes we have to think about our actions and think before we speaks. We should decide ourselves for who we want to be our own leader and also we need to think are they good for the Islam and will be justice for the Muslims. But nowadays I can't even seems  to understand what are the Muslims are thinking since we are supporting not only the issues that have been raised by Ambiga but without noticing we are actually supporting and backing her up where first of all she is not a Muslim and even I can say she an Anti-Islam since she was so brave to fight and help Lina Joy's case (where the Pas said they really want to do the Hudud and they should know the person who are apostasy will have to be killed in Islam, and are they willing to do that?) and another strong reason is that she is a woman. How can you let a woman leads you where we are the guys who are suppose to leads the women? Isn't that was stated in the Quran? So wouldn't it be Best if a man and a Muslim (that  follows the Quran as the guidance and Sunnah & Hadith)  as our leader rather than a woman that we already know about her past history and what she did to Islam and the Muslims in Malaysia?





Everyone do want a true, fair and clean on the up coming election but wouldn't it be better if we can do it peacefully? Won't that would be the Islam way? Where no body is going to get hurt and we can avoid all the dramas and any incidents that would lead to fights and disunity between race, people and most importantly among the Muslims.









All I can say is that I do support the issues and the concerns of the people about the politics and elections in Malaysia that have been raised but what I don't support is the way we are doing it. There are so many better ways that we can come up with, after all we are all well-educated people with a very wide and open minded so I believe we can come op with a solutions that benefits all of us. This is the time for us (especially the youth and young people/politicians) to act and stop all this dirty politics and other issues regarding the misconduct behaviour, bribery and etc with changing the systems and be one of the important people who have power and knowledge to overcome this problematic issues and people.













Debate Between Khairy Jamaluddin and Ambiga










Watch and judge yourself which sides give a better speech? 
Who do you think is trying to point out that they are on the winning side? 
Who do you think who can't compromise?
Think and decide what you want or can do to improve al this for the sake of you country.
Is fighting is the option? Or discussion might be the solutions? Or even a war would settle this once and for all?
(Nauzubillah minta2 dijauhkan dari sema itu)
































InsyaAllah with God's will, if I will become one of those people who can help our generations and country to be in a better systems even that can slightly give a small impact to the nations, I will do so.

Amin.


















Thursday 26 April 2012

Pasti ada



Setiap langkah pasti ada arah tujunya

Setiap tujuan pasti ada matlamatnya

Setiap orang pasti ada impiannya

Setiap hujah pasti ada huraiannya

Setiap dugaan pasti ada hikmahnya

Setiap kata-kata pasti ada maknanya

Setiap hembusan pasti ada nyawanya

Setiap cinta pasti ada pasangannya

Setiap yang pergi pasti ada penggantinya

Setiap yang berlaku pasti ada pengajarannya

Setiap tangisan pasti ada penyebabnya

Setiap senyuman pasti ada tawanya

Setiap yang hidup pasti ada ceritanya.

Wednesday 25 April 2012

PortoBello...


Salam perkenalan,

Hampir dua bulan saya di London tapi baru-baru nie baru lah nak menyempat ke PortoBello ...rupanya its only  15 minutes walk from my hostel, dekat sangat2.... Before that nak kene cerita dulu apa itu PortoBello...Anyways PortoBello nie macam flee/morning market kat London yang sangat famous, dimana pengunjung2 nya majoriti tourist and local ada lah dalam 40% ..(Lebih kurang macam pasar pagi Shah Alam...So basically at PortoBello market banyak gerai kat situ yang  jual barang antiques (kamera, pinggan and mangkuk, baju lelaki dan wanita and etc) and foods!!!

Just cut to the chase, here are some pictures from PortoBello Market    :)




But before that, met these guys kat Portobello market tengah basking...sedap jugak lagu dorang nie...

Enjoy!







Robbie Boyd Band - Take Me Back to Dreamland










Without this, there will be no DSLR 



Cheap Polaroids


Polaroids..again..


Boxing anyone?


Can you see me??


Printig blocks


Cuppies...yummy2



Churros in making


A clearer shot of the making


Churros!!! with Chocolate dip..omnomnomnom



Cant remember what was this...haha



Random taken....  :)


Its the same basket they used in Runningman Episode 63 - SNSD



Ikan siakap bakar....sedap wey...



A small stall but full house



Portobello Market Sign



........



.............



Cute little teddy bears.... : )



Mini cupcakes



CD player zaman dulu



Nak satu..!!!



Europeans food pun ada jual...



Fresh veggies and fruits



The famous Portobello Crepes



...............






That's it for now...tak sempat nak tangkap banyak pictures sebab ramai and terlalu amazed tengok barang2 murah and kalau berwang dah sapu semua abis...


Till next time...buhbye

Monday 23 April 2012

Talented People



This post is strictly for those who appreciates musics and arts!


:)




Act 1:

Let me start with this group called "The Loveable Rogues".
They are  Indie/local band in UK and are actually number 341 most famous band in UK.
In this BGT 2012 Audition they sang their own song "Lovesick" and they delivered it perfectly.




Lovesick


I'm lovesick and i sick of this love game and I'm tired of hearing I'm the one to blame






Act 2 :

Her name is Cher Lloyd and this time was when she audition for X Factor 2012 and the video has hit up tp 22 millions viewers. She sang "Turn My Swag On" originally sing by Soulja Boys but on this audition she sang the Keri Hilson's version of the song. Cher admitted she was horrible nervous before performing but thankfully it didn't seem to affect her vocals. She did received a standing ovation from the audience and the judges love her so much.





Turn My Swag On




Act 3 :

Her name is Lauren Thalia. I fell in love with this gurl NOT only because she  :-
-   is cute
-   is 12 years old
-   can plays guitar

But because she sang a song that she chose herself and it suits her very well. And plus she sang it beautifully with that husky voice that she has.




Lauren Thalia





Act 4 :

The name of the act is "James and Ed".



Its annoyingly really funny.



Just watch and prepare to laugh like crazy k

: )





James and Ed


Act 5 :

Especially for gurls.

5 important things :

* French
* 6 Packs
* Good looking
* Martial Arts
* Topless gus



haha

Enuf said!



Cascade



-End-

Saturday 21 April 2012

Rindu Terasa


Perlahan-lahan kaki melangkah

Terasa berat setiap degupan

Se akan di tarik ke hadapan

Hanya mampu menoleh

Dengan memberikan senyuman

Sebak terasa pabila tangan melambai

Jeritan si kecil terngiang-ngiang

Masih tidak mampu mengerti perpisahan

Suara semakin halus setelah jauh berjalan

Tapi masih terdengar jeritan

Walaupun seketika

Moga masih segar dalam ingatan

Tersayang dan tercinta bersama

Masih ada rasa gembira terasa

Terbang ku jauh meninggalkan mereka

Berbekalkan doa yang dibawa

Jangan di persia harapan mereka

Hidup sendirian tidak terasa

Mungkin kerana terlalu biasa

Kadang kala terkenang mereka

Sebak mula terasa

Dan supaya tidak terleka

Doakan mereka selamat sentiasa

Oh rindu terasa.

Tuesday 3 April 2012

Awal Shaari vs Ryan O' Shaughnessy



Salam semua,



Nak stolly molly skit nie.. (tapi cita da lama pun)... tapi dengar je la yer..  




Hampir ke penghujung bulan lepas Malaysia di kejutkan dengan berita gempar iaitu seorang Artis/Pengacara Melayu Lelaki yang pernah membintangi filem Syurga Cinta, I'm Not Single, Apa Kata Hati, Impak Maksima, Diva Popuar dan banyak lagi lah kalau nak disenarai kan (check kat wikipedia sudey) yang telah melamar seorang Artis/Pengacara/Model Melayu Wanita yang berkacukan Arab dan Cina yang pernah membintangi Drama Siri popular iaitu Awan Dania. Dikatakan Awal telah melamarnya secara langsung di siaran Astro seketika Scha sedang mengacara sebuah rancangan gosip Propaganza. 



Scha yang terkejut dengan kehadiran Awal tertanya2 tujuannya kemari, akan tetapi setelah melihat Si dia melutut dengan mata yang teresak2 (meleleh bagai depan tv tue) barulah Scha sedar bahawasanya Awal ingin melamar dirinya untuk menjadi teman sehidup semati.







"Sudikah awak jadi yang Halal buat saya...sampai bila2"

"Oh my god...serious?"

"Why are you doing this here"

"Nak buat apa nie"

"kahwin la"  (suara crew)

"Hah... Kahwin?"






blah..blah...blah.....





So at the end of the story she said yes...itu je yang penting... (boringgggggggggggg......)





Tahukah anda 1 dari 100,000 wanita mengimpikan detik2 bersejarah sebegini...di lamar di kaca tivi...di depan khalayak ramai cam cita omputih ...flash mob as the back drop bagai...







Dan tahukah anda hanya  1 dari 10,000,000  lelaki yang mampu buat sebegini? (aiiyoooo)








Dengan tingkah laku Awal Shaari yang sedemikian telah membuatkan wanita2 di luar sana (especially Malaysian) akan lebih mengimpikan dan menginginkan supaya lelaki2 di luar sana bertindak seperti Awal (kalau tak pun sikit2 sama pun ok la)....romantik...sweet....memorable...


Tapi mereka (kaum Hawa) lupa yang kami nie (kaum Adam) bukan semuanya sweet dan romantik sangat pun...Ala2 kadar je pun....habis kalau nak pegi makan kat Chilli's pun dah berkira apatah lagi nak masuk Ben's...bukan nya kedekut tapi kan tak elok membazir...barang nak branded je (Gucci, Prada, LV etc)...makan nak tempat2 mahal (Ben's, Bubba Gump, Lafitte(Shangri La Hotel) & etc) ...lepak nak tempat2 glamour2 je...mungkin anda tidak demanding tapi isi hati tetap kata nak merasa pergi sekali...

Awal secara tak langsung sebenarnya telang meninggikan market value dan purchasing market yang akan menyebabkan kami akan lebih berbelanja selepas ini....So kepada gadis2 di luar sana jangan la pulak minta2 kami buat sebijik macam Awal buat sebab hampir mustahil kami melaksanakannya....dan tak semua laki nak melutut2 bagai dan suprise terkejut cam tue...(mau awek tue reject kan dah satu hal pulak)...So kalau ada yang sanggup nak suprise2 cam nie (bersyukur la angpa)...tapi kalau yang mahu kekalkan adat seperti sedia kala...jangan terasa hati pulak tak dapat merasa cam dipinang mat salleh pulak yer..hahaha



Tak yah google ke apa...video dah tersedia di bawah...
















Continue with the next story..............







Ryan O Shaughnessy



Ryan O' Shaughnessy






Mesti tertanya-tanya siapa kah mamat Ryan....So he is one of the contestant in Britain's Got Talent 2012...masih panas dan hangat sebab baru keluar tivi 4 hari (dok UK nie dapat lar baca and  update cerita cam nie..Alhamdulillah)..He is 19 years old and staying in Dublin and he is a songwriter...


Nak dipendekkan cerita...He sang his own song (Title : No Name) on the audition and Symon asked him what are the inspiration behind his song and it is a song about a 'friend' that he likes since 6 years ago. And the song is kinda suppose to be like a 'love' letter to and she herself has never heard of the song yet!


But what makes it more interesting is when David Walliams (one of the judges) asked for the girl's name but he was holding back from saying the girl's name out loud. Maybe because  he wants it to be special, only for her to know and for others to find out (eventually people did found out about her and she was totally surprised and tweeted " This is so funny #noname wooo it's me #lolololo")





"The pair met at Portmarnock Community College in Dublin six years and became mates. But Ryan realised he had fallen in love when he took Katie to their school prom last September. He said " When I saw her in that dress, I though she looked beautiful".

She makes me nervous. I dont want to rush in. She's my mate, she's a nice girl and has a beautiful smile".

- quoted from The Sun -









Katie Lucia Keegan    : )

  




"If that doesn't work....Nothing will"    - Symon -






NoName by Ryan O'Shaugnessy






"If I win I'll spend my 500,000 for just the two of us, and maybe a sparkly ring if she's lucky"





P/s : Watch until the end of the video...MUST WATCH!!! 

:)





so apa motif dan kaitannya Awal Shaari dan Ryan O'Shaugnessy???



Renung-renungkan dan Enjoy!!!