Friday 24 May 2013

Tak Sama


Nasi briyani

Ayam masak merah

Kurma daging

Kalau di masak sendiri 

Pasti tak akan sama seperti bonda

Sesedap mana masakan kita

Seliur mana air yang meleleh

Pasti tewas dengan nya

Hanya mampu meniru

Tapi hati lebih tahu

Ia lebih faham apa kita mahu

Mulut mampu menipu

Tapi hati siapa tahu

Bila terkenang pasti rindu.

Saturday 18 May 2013

Hanya jika


Hanya jika masa boleh diputar

Pasti banyak yang di ubah

Yang baik di simpan

Yang pedih di buang

Tapi tak mungkin ini berlaku

Setiap yang terjadi ada akibatnya

Teladan dipelajari

Pengalaman diperolehi

Harus seiring dengan semasa

Yang belakang tak dilupa

Yang dihadapan sentiasa bersedia

Hanya jika kita mampu terima

Hanya jika tabah menghadapinya

Hanya jika.

Thursday 16 May 2013

Mesti


Busuk mesti kena mandi

Wangi mesti sebab pakai perfume

Sedih mesti nangis

Gembira mesti tersenyum

Berlari mesti peluh

Jalan mesti lenggang

Benci mesti maki

Sayang mesti malu

Tapi rindu tak perlu selalu

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Saturday 11 May 2013

Belum Puas


Indah khabar dari rupa

Yang di kejar tak dapat

Yang dijinjing bertaburan

Tak satu pun sesuai

Malah hampir berbeza situasinya

Tapi itulah fakta sebenar

Tiada yang lebih hebat mahupun punya kuasa

Tidak pula aku menyebelahi sesiapa

Cuma kecewa dengan manusia

Air yang tenang jangan sangka tiada buaya

Agenda dan niat pasti tak sama

Terlalu tamak ataupun selesa

Mampu berdoa buat mereka

Tiada yang lebih indah

Mengejar kejayaan bersama.

Monday 6 May 2013

Memahami dan Mengerti


Perasaan dan hati tak pernah sama

Ikutkan hati badan binasa

Tapi hati tak pernah bohong

Walaupun misteri

Tidak pernah sekali di tentang kata hati

Sebab dan kenapa bukan persoalan

Hanya jika ia yang terbaik

Jangan pernah menyesal

Kerna kita hanya merancang

Tapi Dia yang menentukan.

Beza Tapi Sama


Sudah terang lagi bersuluh

Seolah-olah tiada lagi ragu

Pasti tak semua gembira

Tapi siapalah kita yang mampu memuaskan

Nafsu ganas manusia

Harapkan yang terbaik

Dan doa pada Nya

Cuma pasti berbeza bila fahaman tak sama

Aku bersedia bercerita apa saja

Tapi bukan tentang mereka

Kau punya hak bersuara

Aku cuma tak mahu sengketa

Ini hanya lakonan mereka

Bagai harimau dan buaya

Pemangsa bahaya

Yang berbeza tapi sama.

Saturday 4 May 2013

Muslim


Aku seorang muslim

Syukur pada Nya aku di lahirkan sebegini

Tiap saat tak ternilai harganya

Setiap waktu harus di jaga

Tapi aku masih manusia biasa

Tak kan pernah sama

Seperti mereka

Bukan ulamak mahupun pakar agama

Masih merangkak sedangkan mampu berlari

Tiada yang lebih memahami selain diri sendiri

Yang baik di teladani

Yang kurang harus di jauhi

Nasihat untuk diri

Hidup ini singkat

Masih banyak harus dipelajari

Jangan leka pada duniawi

Kerana pasti tak dibawa mati

Hanya Amalan dan bekalan

Bagi menempuh akhirat nanti

Doa diri jadi Islam sejati.

Aku melayu


Masing-masing dah besar

Tak perlu rasanya cerita sampai kali kedua

Yang pertama cukup di ingati

Apatah lagi kedua dan ketiga

Kadang-kala terlalu taksub

Atau terlampau leka

Asyik gembira bagai pilihanraya

Pasti faham maksud mu

Kerna aku punya arah tuju

Matlamat yang harus ku tempuh

Nasihati aku tapi bukan marahi ku

Aku juga tahu aku melayu

Aku mudah lupa sesuatu.