Thursday 25 July 2013

Garis Penamat

Tegar berlari sampai penat
Kejar dan terus kejar
Seolah-olah semakin dekat
Dengan garisan penamat

Kerah seluruh tenaga
Percepatkan langkahku
Masih mampu tersenyum sipu
Kerana tiada yang di hadapanku

Semakin lama masa berlalu
Terasa perlahan pergerakan ku
Di pintas satu persatu

Akan terlalu yakin dengan diri
Alpa tentang sekeliling ku

Terlalu memandang rendah
Habis semua usahaku.

Monday 22 July 2013

Bantal


Pasti tidak nyenyak aku tanpamu

Ku peluk

Ku hidu

Saat ku melabuhkan kepala

Kau pasti yang ku cari dulu

Biar pun nipis

Tapi kau milikku

Saat kau hilang dari mataku

Di marahi dan di rayu

Agar kembali ke dakapanku

Tapi pastinya aku tahu

Pasti ada hayatmu.

Friday 19 July 2013

Yang Menanti Suatu Hari Nanti




Seorang isteri yang baik akan :



Sentiasa teman suaminya

Sentiasa jaga suaminya

Sentiasa manjakan suaminya

Sentiasa sempurnakan suaminya

Sentiasa ada rasa cemburu

Redha terima buruk dan baik suaminya

Tidak akan ada hidup seorang isteri melainkan suaminya.
























Akan datang suatu hari nanti

Pasti (InsyaAllah)

Dan apabila Ia hadir

Harus ku persiapkan diri

Ilmu dan amalan harus diperbaiki

Lengkapi jiwa dan hati dengan Islami

Menjadi Imam kepada anak dan isteri

Dan pemimpin yang bakal dicontohi.


Ribut


Tak kekok bila bersuara

Lantang berkata

Terpaku bagi yang baru

Tapi seakan biasa di matanya

Entah di mana silap nya

Tak pula terasa

Mungkin masa

Atau keadaan mengubah segalanya

Cuba menjadi yang sempurna

Tapi kadang-kala itu salahnya

Terlalu berusaha

Sehingga terlupa

Tak mungkin bergoyang dahannya

Tanpa ribut melanda.