Wednesday 7 August 2013

30 Ramadhan



Satu

Terasa seperti semalam

Hampir tak sedar

30 datang sekelip mata

Tak di sangka

Sepantas dan semudah itu

Ramadhan meninggalkan kali ini

Yang kekal masih tetap ada

Yang hadir tidak semua setia

Yang pergi masih terasa

Masih panjang untuk berjumpa

Doa agar sempat bersua

Harap aku masih setia.

Sunday 4 August 2013

Harapan.


Bergetar berdegup

Berlari mengejar

Terjatuh terhantuk

Terbaring tertonggeng

Mengadu menangis

Menjerit meronta

Baru tenang

Kerana kino aku sedar.

Thursday 1 August 2013

Warkah Terakhir




Aku redha dan rela dengan permintaaan mu

Mungkin ini seperti permainan bagimu

Tapi bukan bagiku

Tidak sedikit ku membenci mu

Tak sedetik aku menghina mu

Mungkin kerna belum habis kau memahami ku

Tidak pernah punya peluang buatku

Cukuplah sampai di sini

Aku meluahkan rasa rindu

Kerna ia hanya seperti dusta buatmu

Warkah ini pasti terakhir dariku

Hapuskan aku dari dunia silam mu

Kerna aku

Hanya wujud

Dalam dunia khayalan mu.