Sunday, 9 December 2012
Serabut
Ada ketika dulu aku benci
Berbisik di hati
Yang tak mungkin aku miliki
Terlalu asyik melayan diri
Hampir terlupa usul sendiri
Sifat yang sering di alami
Terbawak sampai ke hari ini
Bukan kenapa dan mengapa
Cuma leka demi duniawi.
Monday, 26 November 2012
Cerita biasa
Kejap-kejap hilang
Kejap-kejap ada
Tenggelam timbul
Bila di cari tiada
Rupanya mengintai dalam diam
Sebijik macam buaya
Tapi manusia pun apa kurangnya
Bila senang bersama
Bila susah terpinga-pinga
Pejam celik
Dah terserempak tapi buat-buat tak nampak
Bila ditegur baru nak menyapa
Penuh dusta.
Wednesday, 21 November 2012
Teman Pena
Aku intai perlahan-lahan
Aku jenguk diam-diam
Aku lalu tanpa bunyi
Aku singgah tanpa suara
Aku tunggu dalam diam
Kerna karya kau penuh mendalam.
Sunday, 18 November 2012
Cuba Teka
Yang biru itu hijau
Yang merah itu hitam
Yang putih itu kuning
Yang gelap itu terang
Yang manis itu duri
Yang masam itu bisa
Yang gelak itu duka
Yang pahit itu kita.
Tuesday, 6 November 2012
Hampir Terlihat
Bukan berahsia
Bukan menyorok
Pastinya ia seolah permainan
Yang kuat mengejar yang lemah
Yang lemah mengejar yang sakit
Seperti Cinderalla yang sering di buli
Mendiamkan diri
Memencil hati
Rela di benci dari dimaki
Rela di buli dari di caci
Gembira diri tak nampak di luar
Cukup hanya di hati.
Saturday, 13 October 2012
Untuk Tiga Hari
1....2....3....
Hampir tak sedar ia berlalu sahaja
Nampak begitu mudah
Malafazkan segalanya
Mengaku ia sebagai cinta
Hampir tak sedar ia nya di depan mata
Asyik terleka
Asyik terlupa
Bukan nya mudah untuk dipersia
Walaupun wang bukan sandaran
Tapi ini bukan permainan dunia
Kebahagiaan sementara
Pasti lebih indah
Jika menuju kebahagiaan selamanya
Usah seperti kucing mengejar bayangnya sendiri
Dan harus sedar
Setiap keputusan adalah milik kita
Bukan milik sesiapa.
Monday, 1 October 2012
Bukan sekadar plastik
Ramai yang menanti seperti sang naga
Disambar pantas saat tika menjelma
Seperti sang rimau menunggu mangsanya
Yang disangka berbeza rupanya sama
Tidak banyak beza dari sebelumnya
Panjang dan si bercakap yang berbeza
Mungkin perubahan ketara pada punggung nya
Membuat kan ia sedikit ketara
Tapi tidak tertanding pemangsa dari hujung dunia
Hantarkan si gila menakluk dunia
Sedar tak sedar hampir semua mereka empunya
Kita terlalu taksub hingga terleka
Oh dunia.
Tuesday, 25 September 2012
Memo
Rendah atau Tinggi
Kurus atau Tembam
Comel atau Cantik
Bijak atau Cerdik
Sopan atau Tabah
Wanita atau Gadis
Tua atau Muda
Bujang atau Janda
Sederhana atau Kaya
Akauntan atau Peguam
Jauh atau Dekat
Pilihan Sendiri atau Pilihan Keluarga
Dia atau Dia
Masih belum pasti
Kerna itu semua ketentuan Nya.
Wednesday, 19 September 2012
Popular
Tidak lah aku gila glamour
Atau pun menumpang kegilaan orang lain
Bukan lah juga suka dikejar
Ada pun mengejar
Jangan pula di label murahan
Kerana tidak ku kenal erti famous
Pandang lah aku
Lihat lah aku
Kenali aku
Baru kau tahu siapa diriku.
Monday, 17 September 2012
Sepintas lalu
Yang kecil menangis
Yang besar ketawa
Yang kecil dibuli
Yang besar gembira
Yang kecil terguris
Yang besar bergurau senda
Yang kecil menyapa
Yang besar pejamkan mata
Yang kecil bersuara
Yang besar berlaga
Yang kecil membantah
Yang besar terdiam sahaja.
Monday, 10 September 2012
Beza
Suka tak semestinya gembira
Duka tak semestinya sedih
Sakit tak semestinya pedih
Luka tak semestinya parut
Calar tak semestinya kedut
Salah tak semestinya gagal
Geletek tak semestinya geli
Benci tak semestinya putus
Hati tak semestinya sama.
Monday, 3 September 2012
Its not you but its me
Having so much trouble all these years
The same thing over again
Not my will to stop
But trying hard to avoid
Hit me every single time
When it happens
All those past
Will stay where it should be
There's no point looking at it
Because now it becomes a memory
You are stronger than me
I know you look at it differently
I can't tell you how I feel
It won't resolve anything
So believe when I say
Its not you
But its me.
Thursday, 30 August 2012
Sama Tapi Tak Serupa
Ya
Ia sama
Tapi
Ia tak serupa
Tidak
Bukan membanding
Cuma
Berbeza
Harus
Tetap kekal
Kerana
Mungkin selamanya
Buang
Yang keruh
Ambil
Yang jernih.
Tuesday, 21 August 2012
Misteri
Saat aku gembira
Kau perhati
Saat aku ketawa
Kau senyum sekali
Saat aku gundah gulana
Kau layani hati
Saat aku kecewa
Kau tetap menanti
Saat aku marah
Kau tetap disisi
Saat aku pudar
Kau sinarkan kembali
Saat aku hilang
Kau hadir dalam mimpi.
Monday, 20 August 2012
Saturday, 18 August 2012
Persimpangan
Setiap kunjungan
Akan penuh pilihan
Tapi belum pasti mudah memilih
Dan tak semudah disangka
Selera manusia tak akan sama
Pandangan mereka berbeza
Kau katakan ya
Mereka katakan tidak
Setiap titik noktah
Ada kesan nya
Samada kau
Atau mereka
Kau pasti punya pilihan
Menentukan jalan hidup mu
Jangan pernah menyesal
Jangan takut melangkah
Setiap jalan pasti penuh persimpangan.
Wednesday, 15 August 2012
Sifat
Putih
Otot
Kacak
Tampan
Menawan
Licin
Petah
Gaya
Itu bukan aku
Nyata
Jernih
Sopan
Tabah
Sabar
Hemah
Bijak
Hormat
Itu yang aku mahu.
Tuesday, 14 August 2012
Hanya Seketika
Buat seketika
Aku dapat merasa
Setiap nadi di sekeliling
Seolah2 merasakan
Apa yang aku rasakan
Buat sesaat
Aku lemas
Lelah dengan lakonan
Buat sedetik
Aku tewas
Dengan haloba ku
Aku juga punya hawa nafsu
Terhadapmu.
Monday, 13 August 2012
Rintihan Hati Setiap Gadis
yang ku pinta bukan kedudukan teratas,
yang ku pinta bukan keutamaan,
yang ku pinta bukan duduk melutut didepanku,
yang ku pinta bukan bukan utkmu menjadi romantik,
yang ku pinta bukan dirimu berubah untukku,
yang ku pinta bukan untukmu mengikut kata-kataku,
yang ku pinta bukan untukmu melapor diri padaku,
yang ku pinta bukan sentiasa berpegang tangan,
yang ku pinta bukan kata manismu,
yang ku pinta bukan ucapan cintamu,
tapi yang ku pinta....
sesekali, curi pandanglah aku,
sesekali, belaikan jejarimu dirambutku,
sesekali, sentuhilah wajahku,
sesekali, letakkanlah tanganmu dibahuku,
sesekali, genggamlah tanganku,
sesekali, pekalah terhadap gerak geriku,
sesekali, berborak kosonglah denganku,
sesekali, berkhayallah denganku,
sesekali, bergurau sendalah denganku,
sesekali, gelak tawalah denganku,
sesekali, berilah senyuman tanpa sebarang sebab padaku,
sesekali, fahamilah diriku,
sesekali, ucapkanlah kata rindumu,
sesekali, adakanlah dirimu untukku...
yg ku pinta hanya sesekali.....
Saturday, 11 August 2012
Antara Dua Darjat
Ada yang diatas
Ada yang di bawah
Pasti ada di hadapan
Pasti ada juga di belakang
Disisih dari berdampingan
Sudah menjadi lumrah dunia
Tak mungkin sama antara dua
Jangan bermimpi bersama
Kerna belum pasti bersatu nanti.
Wednesday, 8 August 2012
Kegagalan Bukan Penghalang
Yang jatuh pasti lagi ramai dari yang bangkit
Yang susah lagi penuh dari yang senang
Ketakutan menjadi benteng
Untuk terus mara ke hadapan
Tapi manusia lebih rela undur
Kerana ia nampak lebih mudah
Melepaskan yang di pikul
Mencampakkan yang di beban
Ini pasti dugaan dan cabaran bagi setiap insan
Maka jangan goyah saudaraku
Perlahankan langkahmu
Berhenti jika perlu
Dongakkan kepalamu
Susdah pasti ada pintu yang menunggu.
Sunday, 5 August 2012
Ujian bersama
Waktu ini pasti indah bagi setiap Hawa
Pabila hadir seorang Adam
Ingin mendekati
Mengenali hati budi
Persiapan mula diatur
Perkenalan dierati
Terlalu asyik mencari manik berseri
Sering terlupa niat dihati
Tema baju
Warna pelamin
Gubahan bunga
Bukan penentu kebahagiaan kelak nanti
Setiap jalan itu pasti ada dugaan nya.
Thursday, 26 July 2012
Selamat Hari Lahir
Selamat Hari Lahir to that special someone...
You know who you are
Semoga apa yang diimpikan menjadi realiti
Yang di nanti dapat menceriakan sanubari
Jangan lupa dengan nikmat yang diberi
Itu semua sementara
Yang hakiki hanya Dia
And for today
Just have a wonderful day
Enjoy every seconds of it
Because you only going to turn that age once
And have a blast!
:)
Sunday, 22 July 2012
Hari esok
Ruang yang kosong di hati manusia
selalu tercari-cari
untuk di isi
samada dengan
kasih sayang
harapan
mahupun semangat
Tapi kadang-kadang
apa yang datang pada kita
bukan seperti yang kita harapkan
Yang ada cuma
kekecewaan
kesedihan
dan kesunyian
Semoga hari ini
ketabahan dan kesabaran menemani kita
Dan InsyaAllah
pasti hari esok
Dia akan anugerah pengubat luka sebelumnya.
Friday, 20 July 2012
Ramadhan 1433
Bismillah
Salam Ramadhan 1433 Hijrah
Rejab berlalu dengan pantas nya
Terlalu leka dengan dunia
Mengejar kepuasan sampai leka
Melakukan ibadah kepada-Nya
Ramadhan hadir tanpa disedari
Berpuasa hampir 18 jam sehari
Dengan penuh harapan dan kekuatan
Berdoa agar tetap utuh
Kekal dan hayati setiap yang menanti.
Wednesday, 18 July 2012
Cantik
Cantik itu subjektif
Yang buruk bagi mu
Cantik pula di mataku
Kau penuh malu
Aku pula tidak segan silu
Indah di pandangan mu
Pelik pula di hatiku
Hidup bagai tak menentu
Tapi kau tetap yang satu.
Sunday, 15 July 2012
Pembual Bicara
Di saat kau kesepian
Pasti ada hamba lain yang datang menjelma
Menemani hari-hari mu yang mendatang
Tidak kau memanggil
Malahan pula menyerunya
Seakan-akan ia tahu diri keseorangan tanpa teman
Saat itu juga akan hadir bisikan halus
Agar tidak menoleh pada yang dulu
Pasti kau ternoda dan terpaku
Merasakan ini masa depan mu
Penentu arah tuju mu
Tika saat itu
Fikir apa yang terbaik buat mu
Jangan biarkan nafsu mengawalmu
Kerna kau tahu
Dia mungkin hanya teman bual bicara
Yang hadir hanya untuk seketika.
Saturday, 14 July 2012
Janji
Satu demi satu
Lidah mudah berbicara
Banyak yang di kata
Tapi masih tidak terlaksana
Setiap janji harus diperkota
Sekurangnya harus terus berusaha
Bukan hanya berdiam diri
Tanpa khabar berita
Kita hanya manusia biasa
Sukar mengotakan semua
Kerana terlalu gembira
Menjadi kan ia suatu pembual bicara
Maaf boleh dipinta
Kerana Syawal bakal menjelma
Tapi bukan itu penamatnya
Harus berubah untuk meninggalkannya.
Monday, 9 July 2012
Hanya sekali
Kau muncul
Kau hilang
Hanya bertahan sekejap saja
Sukar bagi ku mengingatnya kembali
Mungkin sekadar seketika
Tapi bukan selamanya
Sepaksa mana sekalipun
Sekuat mana ku cuba
Pasti tidak akan bersama mimpi itu lagi.
Sunday, 1 July 2012
Pantas Berlalu
Di hitung hari demi hari yang berlalu
Setahun pasti pergi tanpa segan silu
Menjeling melihat apa yang berlaku
Suka duka pahit manis
Indah gembira sedih menangis
Penuh mengisi kekosongan waktu
Yang datang dengan harapan
Yang hadir dengan kegembiraan
Juga
Yang pergi tanpa disedari
Yang meninggalkan dan tak kembali
Kehidupan yang berlalu pantas
Sukar untuk di tandingi
Maka fikir setiap langkah ditempuhi.
Friday, 29 June 2012
Thursday, 28 June 2012
Wednesday, 27 June 2012
Pusing
Sepanjang mana langkahmu
Selaju mana lari mu
Pasti tetap kekal di situ
Kerna itu yang terbaik buat mu
Aku cuba terbang
Gapai awan yang tinggi
Menyentuh sipian langit
Tapi belum pasti milik ku
Ku genggam erat memori
Pantas ku gagah berlari
Agar tiada yang sempat mencuri
Kerna pasti suatu hari hilang tanpa ku sedari.
Friday, 22 June 2012
Kerna Kamu
Aku pernah derita
Aku pernah merana
Aku pernah meronta
Tapi tidak pula sesaat kurasakan hina
Kerna ku tahu kau juga manusia
Aku bahgia
Aku gembira
Aku suka
Tidak ku Pinta Pengganti yang serupa
Kerna yang lain tidak mungkin sama
Syukur sekarang hampir sempurna
Terima kasih buat semuanya
Tapi kau terpaksa ku lupa.
Thursday, 14 June 2012
Keliru
Terlalu singkat
Terlalu dekat
Terlalu mudah
Kau mampu datang dan pergi
Dengan bisu kau berlalu
Pasti ini dugaan bagiku
Semua ini pasti kan berlalu
Indahnya tika malam menjelma
Mampu memejam kan mata
Melupakan segala duka.
Friday, 8 June 2012
Ribut
Tak mungkin ribut selamanya
Menutupi ruang dengan segelap awan
Walaupun sukar lihat bintang di langit
Akan terlihat tika siang menjelma
Sama seperti kita
Sebenci mana padanya
Sebusuk mana baunya
Segelap mana warnanya
Akan tiba juga suatu saat
Bila hampir kita melupakannya
Sempat kita ketawa seketika
Tersenyum sendirian
Kerna pernah kita katakan
Ianya cinta.
Monday, 4 June 2012
Terlalu Hampir
Tidak mungkin merasakan jauh
Seperti dulu
Kini semakin hampir
Terlalu dekat
Malah mampu mendengar bunyi nafasnya
Ada ketika ku rasa gembira
Ada pula ku rasa takut
Usah difikir lagi
Harus di anggap kosong
Kosong dari minda ku
Kosong dari jiwa ku
Yang tinggal hanya detik dan waktu.
Sunday, 3 June 2012
Doa restu
Ke hulu ke hilir ku bawa
ku usung bagai kan sudah pasti milik ku
terlalu ikutkan nafsu
Bangga dan senyum selalu
terlalu alpa dengan realiti
Allah tahu apa terbaik untuk ku
itu semua kesilapan lalu
Ku pohon doa ampunkan dosa-dosa ku
usah bimbang dan ragu
bertaubatlah kerana itu yang kita mampu
berdoa agar tidak mengulangi kesilapan lalu
Mulakan hidup baru
usah mencari yang satu
Sudah pasti ada yang menunggu
teruskan dengan apa yang mampu
lakukan yang terbaik demi masa depan mu
akan tiba suatu masa
bila temu jodoh mu
sampaikan hajat pada kedua orang tua mu
pinta doa dan restu
agar kau bahagia dan kekal sampai akhir waktu
tapi jangan kau lupa mereka juga tanggungjawab mu
bahagiakan mereka
sayangi mereka
Tidak kira tempat dan waktu.
Thursday, 31 May 2012
Jason Mraz - I Won't Give Up
Ke hujung Dunia
Dunia ini luas
Aku bisa lihat jauh
Tapi masih belum nampak hujungnya
Seperti detik ku
Tidak ku tahu ke mana arah tujuku
Apa termaktub buat ku
Yang tertulis di Luh Mahfuz
Yang pasti
Ada jalan yang menanti
Apa yang terbaik dari Mu
Adalah terbaik buat ku
Yang tinggal hanya satu
Bagi ku lalui perjalanan hidupku
Tanpa kira detik dan waktu.
Wednesday, 30 May 2012
The Late SSA
The way you smile
The way you talk
The way you laugh
No one can ever hate you
But even if they do
Its just because they don't even know you
And they can never be like you
So many memories we had with you
Even more for someone that close to you
Even when you were sick
You still can play it cool
But everybody knew
Your heart were torn into two
It was so hard when we heard bout you
Didn't get the chance to talk to you
To say sorry for all we did to you
Still remember
On that rainy afternoon
We came
But we were too late
So we sat and pray
"Please Allah forgive her"
"Only you are The Most Forgiver"
"Keep her safe" - Amin -
We can never stop missing you
But He knows what's best for you
And He loves you more than we do.
Al-Fatihah.
The person shall not be name but I would be thankful if you could also recite an Al-fatihah for Arwah.
And she had the chance to wrote this letter before she passed away :-
hye
I am 22 years old and is a patient of synovial sarcoma. My boyfriend suggested me writing here since i'm pretty worried of my sickness. I've been diagnosed with this sickness recently, which is a month ago. I had this lump on my left elbow since august 2010. I never had a clue that it was dangerous because i seem fine. I went to the hospital in KL, and they did some test on me (biopsy, mri and ultrasound). At first the doctors thought that it's schwannoma. On march 24th, 2011, i had a surgery to remove the lump and it is sent to the lab for further research. After 3 weeks, the doctors said that it was malignant. Since after the surgery, it seems that i can't bend my left arm. When i met the doctors to take the result, it is said that the cancer cells incurred in my joint and they have to remove the joint and replace it with an implant. Now the doctors are waiting for the report since they sent it overseas to have a further research. The doctors are waiting for the report to know what's the next step. I am totally scared if i won't survive.
I hope someone could share their stories similar to mine and i would love to hear some encouraging words. It is great to hear and read some of your stories.
Monday, 28 May 2012
Senyum
Senyum itu sedekah
Kalau pada saat marah
Kita mampu tersenyum
Pasti buat orang lain jelik
Dan
Kenapa harus berduka
Sedangkan kita mampu gembira
Usah hirau kan cacian orang
Usah gusar makian orang
Semakin di telan semakin pedih
Barangkali makin sakit
Tapi
Tak salah kita memaafkan yang lain
Kita juga punya silap dan salah
Seperti manusia lain.
: )
Friday, 25 May 2012
Tentang Dhia
Sungguh
Aku terlalu mencintaimu
Tetapi aku tidak mungkin jadi milik mu
Satu ketika dulu
Kau dan aku hamoir bersatu
Tapi Allah lebih menyayangi mu
Menemukan jodoh yang lebih baik dari ku
Terlalu sukar bagi ku melupakan mu
Tapi Dia juga sayangkan ku
Pasti ada yang lebih baik buat ku
Aku bukan jutawan mahupun bangsawan
Bukan intan berlian menjadi sandaran
Hanya kasih mesra mampu ku tawarkan
Janji kita hanya janji manusia
Hebat bila lidah berkata
Tapi tak mungkin diperkota semua
Kerana kita masih insan biasa
Kini ku senantiasa doakan mu
Bahagia selalu
Maka lupakan aku
Kau sudah ada yang satu
Biarkan aku bersama hidupku
Izinkan ku pergi
Dengan rela
Kerna aku juga punya arah tuju.
Waktu
Semua punya sama waktu
Tidak sesaat mahupun sedetik lebih
24 jam sehari
7 hari seminggu
Tapi tidak akan pernah cukup
Dan sering menyalahkan waktu
Kata-kata kesat dilempar
Tanpa sempat berfikir sebelumnya
Tapi apakan daya
Kita manusia
Masih sering menyalahkan sesuatu
Kerna tidak mahu mengaku.
Thursday, 17 May 2012
Tewas
Tewas
tidak semestinya kalah
tidak mungkin sama sekali menang
tidak akan jadi juara
tapi
Pasti buat kau sedar
Pasti bagi minda kau bangkit
Pasti ada pengajaran
kerana
Ia akan buat kau rasa kekecewaan
Ia akan jatuhkan semangat mu
Ia akan lemahkan tenaga mu
dan
Dengan itu kau tahu kebolehan mu
Dengan itu kau pasti memberi yang terbaik
Dengan itu kau akan tahu ke mana arah tujumu.
Pemilik cintamu
Pasti bingung
Persoalan demi persoalan
Siapa pemilik cinta hatimu
Hari demi hari
Waktu demi waktu
Detik demi detik dihitung
Mungkin bukan satu,dua mahupun tiga
Jumlah bukanlah di cari
Tapi kepastian dinanti
Bila tiba saat itu nanti
Bersedia tuk harungi
Susah senang liku yang bakal dilalui
Agar kekal abadi.
InsyaAllah.
Monday, 14 May 2012
guitar
Yes!!!
I need a new guitar
Believe it or not
Been looking in e-bay
and trust me when I say
Its so cheap that makes you want to buy them all
:)
aku punya nafsu
aku juga punya nafsu
aku juga punya keinginan
aku juga punya perasaan
tidak pernah ku menolak
jangan kan pula menepis
inilah rezeki
ku ramas
ku genggam
ku gigit
ku tatap buas
ku hidu puas
ku telan keras
tapi kesannya jelas
tidak ku rasa dosa
malah bersyukur
semakin besar
semakin berisi
tapi masih belum capai hasrat dihati
dimula doa
di akhiri Alhamdulillah
tidak pernah tinggal 6 kali sehari
mengalahkan solat fardhu sehari
telah ku cuba kurangkan nafsu dihati
malangnya gagal di bisik rezeki
aku tembam
aku berisi
mungkin kau dengki
kerana menahan dari berisi.
:)
Thursday, 10 May 2012
Pasti terdetik
Aku terpegun tatkala
Berlari-lari anak di pantai
Pasir yang lembut pasti tidak terasa sakitnya
Pasir yang kasar pasti rasa panasnya
Tapi pasti hilang perasaan itu tatkala melihat lautan luas
Kelihatan biru warnanya
Jernih sehingga kelihatan dasarnya
Rumpai seolah-olah turut gembira
Melambai-lambai kiri dan kanan
Ikan berenangan bebas
Tidak peduli tentang apa dan siapa
Tidak goyah walaupun sedetik
Menunggu saat di telan lain
Atau mati kesepian
Tapi Satu hari pasti
Semua ini tiada lagi
Tidak pernah terfikir tentangnya
Tidak terdetik menghormatinya
Tatkala ia menghilang
Pasti di cari-cari
Ternanti-nanti
Termimpi-mimpi
Tiada gunanya lagi
Sudah pasti jauh di hati.
Tuesday, 8 May 2012
Lari ke Hutan
Ku lari ke pantai kemudian teriakku
Sepi, sepi dan sendiri
Aku benci
Aku ngin bingar
Aku mau di pasar
Ada Malaikat menyulam
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya
Monday, 7 May 2012
Cinta itu...
Cinta itu ada kekuatan
Yang mampu
Mengubah Duri jadi Mawar
Mengubah Cuka jadi Anggur
Mengubah Malang jadi Untung
Mengubah Sediah jadi Riak
Mengubah Syaitan jadi Nabi
Mengubah Syaitan jadi malaikat
Mengubah Sakit jadi Sihat
Mengubah Bahil jadi Dermawan
Mengubah Kandang jadi Taman
Mengubah Penjara jadi Istana
Mengubah Amarah jadi Ramah
Mengubah Musibah jadi Muhibah.
Tuesday, 1 May 2012
Sang Pencari
Tangan tergapai2
Mata merayau2
Bibir terkumat-kamit
Kaki tak sabar berlari
Tak henti menuding jari
Fikiran terus melayang
Mimpi Sang Pencari
Tapi belum pasti ada yang ternanti
Maka
Usah tergapai2-gapai
Usah merayau-rayau
Usah terkumat-kamit
Usah berlari-lari
Usah menuding jari
Usah melayang-layang
Pasti akan ada satu hari nanti
Tadahkan tangan
Minta pada yang Satu
Agar kami dapat bersatu.
Monday, 30 April 2012
Selamat Menari ke Bulan
ku jumpa dia di taman
taman indah di kala purnama mengambang
mata pun bertentang mata
senyuman terukir menyapai nya
resah ku pun hilang
sudah lidah ku kelu
tanpa sepatah kata
berani kan diriku
dan mula mengatur kata
kita pun mula berbicara
kita menari ke bulan
berpegangan tangan
sambil mata terpejam
kita terapung di udara
bila sampai disana mata kita terbuka bulan jadi saksi
cinta kita berdua
habis masa kita pulang
tapi hati tidak mahu pergi
dari sisi mu
berteman kan bulan bintang
dari teman biarlah menjadi istimewa
dan ku tuliskan lagu
selamat menari ke bulan
dengarkan nyanyian ku
rasa cinta yang terpendam
kita pun mula berbicara
kita menari ke bulan
berpegangan tangan
sambil mata terpejam
kita terapung di udara
bila sampai disana mata kita terbuka bulan jadi saksi
Cinta kita berdua.
For No One Else
Smile every morning for just no reason
Laugh with no worries of them calling you crazy
Walk alone whenever you are free
Dance till you break the dance floor
Sing till you throat is raw
Believe only to the words you said
Trust no one but yourself
Because at the end of the you will be standing all Alone.
Saturday, 28 April 2012
Bersih 3.0
Adakah ini satu Reformasi? Demonstrasi? Perhimpunan?
Apakah yang diminta adalah Perbincangan? Tuntutan? Paksaan?
Terlalu banyak spekulasi dan percanggahan pendapat oleh pelbagai pihak mahupun ahli politik, pegawai tadbir, media masa, ahli2 ulama, rakyat-rakyat dan yang paling penting adalah kaum muslimin dan muslimat di Malaysia tentang isu-isu yang dibangkitkan dan hujahan dan perdebatan yang berlaku dari setiap sudut.
Isu-isu pertikaian yang sering timbul adalah :-
1) Wajarkah Bersih melakukan perarakan "Demonstrasi" mengelilingi ibu kota seperti yang di war-warkan sedangkan cukup sekadar berhimpun di suatu tempat yang lebih terkawal bagi menyuarakan pendapat
2) Adakah ini dikatakan"Hak bersuara" dengan melakukan perarakan dan saja ingin menimbulkan kekecohan dan menguji kesabaran pihak berkuasa seperti polis, rela dan tentera.
3) Bukankah sekiranya ingin betul2 bersuara dan ingin meluahkan perasaan yang terpendam dan tidak puas hati dengan sistem yang sedia ada boleh melalui cara lain seperti membuat satu jawatan kuasa yang di anggotai pakar2 analisa dan pendebat2 tentang isu yang ingin di utarakan dan bukan nya sengaja berhimpun dan kemudiannya berarak sepertiingin menimbulkan kekecohan.
4) Adakah ini seperti yang di ajar oleh Islam dan mengikut syariat2 Islam dan mengikut sunah2 dan tuntutan Rasulullah?
5) Ke manakah suara pemimpin2 Pas ataupun ahli2 ulama yang lain tentang isu Bersih ini? Dimanakah hadis2 dan sunah yang harus di ikuti dan samada cara menyuarakan pendapat seperti ini di tuntut dalam Islam?
6) Apakah Islam mengajar kita tentang berdemonstrasi seperti ini? Ataupun bersifat sabar dan masih ada cara lain yang masih boleh digunakan untuk memastikan keamanan, keadilan dan kebersihan politik, negara, dan sistem mahupun apa saja isu yang di timbulkan masih mampu mengikut syariat2 Islam
7) Adakah Ambiga dan konco2 nya hanya menggunakan isu pilihan raya dan "Bersih" bagi menarik rakyat serta masyarakat Islam untuk mengikuti mereka dan 'kononnya' menegakkan keadilan tetapi mempunyai agenda lain disebalik keadilan yang di tuntut? Dan sedarkah umat Islam di Malaysia tentang perkara itu tetapi sebaliknya masih berkeras untuk bersama menuntut "Keadilan" di sisi mereka yang sudah pasti bukan Islam dan ada sejarah menjatuhkan Islam sebelum ini? Sedarkah umat Islam tentang perkara itu atau hanya memejam mata sebelah dan "berniat' atas dasar ingin memperjuangkan keadilan? Adakah ini Islam dan adakah ini betul?
8) Kenapakah pihak polis dan berkuasa dipersalahkan sedangkan mereka hanya melakukan kerja mereka? Harus dan wajarkah di maki hamun dan di caci setelah di pukul dan di tangkap sedangkan anda yang berarak tanpa kebenaran dan demonstrasi yang konon nya hanya setempat sudah bertukar menjadi perarakan mengelilingi ibu bota? dan lupakah bahawa mereka juga manusia biasa yang mempunyai tahap kesabaran yang tertentu? Dan yang menyedihkan umat Islam sendiri yang bersifat kemudian, maka haruskah kita sesama Muslim berdebat antara satu sama lain? Benarkah ini yang dikatakan "Hak Bersuara" atau sebenarnya sahaja ingin menunjuk cacat cela pihak berkuasa dengan menguji kesabaran mereka?
Seperti ada udang di sebalik batu
9) Kenapakah tuntutan2 yang dibuat oleh pihak Bersih tentang pilihan raya baru sekarang Kerajaan ingin laksanakan mahupun di pandang sedangkan sudah 12 kali pilihan raya diadakan? Tidak pernah kah terdetik oleh Kerajaan untuk mengkaji tentang isu2 itu? Bukan kah kerajaan juga mempunyai analisa2 yang ternama? Kenapakah isu timbul baru kelam-kabut nak ambil tindakan? Memang selama ini dipandang remeh atau sengaja di sembunyikan dan ingin menandingin parti2 lain? Atau memang sistem kerajaan Malaysia iaitu pentadbirnya, pegawai2 nya, ahli2 parlimen dan atur cara sistem itu sendiri tidak betul dan harus lebih diperbaiki?
Dah terhantuk baru nak ternadah
10) Apakah tindakan2 yang sewajarnya di ambil setelah ada pihak yang sudah berani mempertikaikan institusi perlembagaan Malaysia? Mungkinkan selepas ini tuntutan seperti kaum melayu sebagai bumiputra di hapuskan dan Malaysia sebagai negara Islam di mansuhkan? Dan mungkin kah juga ini adalah isu dan agenda yang tidak diketahui oleh rakyat2? Apakah pemahaman tentang "Hak Bersuara" dan adakah ini hanya sekadar helah bagi mengaburi tujuan yang sebenar?
I should stop there because I think it would be enough to make us realise the true "agenda' of Bersih. And I'm not saying that I am against it and not also that I am supporting it. There are lots of way to look about it and its up to the individual to judge it. As for now I wont even going to try to answer all the Q's yet until I the Bersih is done today and I've gather up enough information to support my answers later (because I know there will be lots of people are supporting it and will condemn me later on) so I will take my time doing it.
But the bottom line here is, what are the really main agenda of Bersih? Because as far as I am concern, all Ambiga asked was not only all 10 issues being resolved before the elections but also FOR THE ELECTION TO BE POSTPONED! And she said in the latest debate with Khairy Jamaluddin (KJ) that she won't sit in one table with EC/SPR because they can't be trusted and is not doing their job well. And she wanted to sit with the MP's and the expert teams and she will bring hers and what she wanted was not a DISCUSSION but a DEBATE.
This shows that all along what she wanted was a war and not a discussion and nothing to do with "Freedom to talk" because if she willing to pu everything a side and really doing it for the "rakyat" (and not for herself) then she would willingly to sit with them and discuss all the issues together and try to improve. Of course it would be better to have a third opinion especially from the rakyat itself so that the "systems" can be improve but not to condemn and rule the government. Can't you see that what she wants (niat) and what she fighting for from the beginning is already wrong? This is not for the people but only for herself and a few more people at the top who wants more power and over-ruling the governments and make some more chaos in the country?
Wouldn't you be afraid if another 13 May would happen once again? I won't be in suprise but are we prepared for it?
But Who is she to asked...let me rephrase it...WHO IS SHE TO GIVE ORDERS to the Governments, Election Committes (EC)/ SPR to POSTPONE the election? That is not "Kebebasan Hak Bersuara" any more but it is more to "giving orders and instructions" to what they should or should not do.
You know what this reminds me at? Lina Joy's case where she won the case and over ruling everyone else and used the Constitution of Malaysia to help Lina Joy's apostasy (murtad) where she stated that Constitutionof Malaysia does not deprive Muslims from equality and freedom of religion. Doesn't it sounds the same? She is playing around with the Constitution to get what she wants. And us the muslims are supporting and granting all her wishes from the sides.
Don't you ever forget that she was also the one who also came out with the issue of Interfaith Commission (IFC) and who was against the Islamic Forum where she made 14 demands/issues that was raised which concerning about syariah law and the rights of Muslims for freedom of religion. And this just happened not long time ago on 2008!
All my statements above was made as I am a Muslim. Where I believe there are sometimes we have to think about our actions and think before we speaks. We should decide ourselves for who we want to be our own leader and also we need to think are they good for the Islam and will be justice for the Muslims. But nowadays I can't even seems to understand what are the Muslims are thinking since we are supporting not only the issues that have been raised by Ambiga but without noticing we are actually supporting and backing her up where first of all she is not a Muslim and even I can say she an Anti-Islam since she was so brave to fight and help Lina Joy's case (where the Pas said they really want to do the Hudud and they should know the person who are apostasy will have to be killed in Islam, and are they willing to do that?) and another strong reason is that she is a woman. How can you let a woman leads you where we are the guys who are suppose to leads the women? Isn't that was stated in the Quran? So wouldn't it be Best if a man and a Muslim (that follows the Quran as the guidance and Sunnah & Hadith) as our leader rather than a woman that we already know about her past history and what she did to Islam and the Muslims in Malaysia?
Everyone do want a true, fair and clean on the up coming election but wouldn't it be better if we can do it peacefully? Won't that would be the Islam way? Where no body is going to get hurt and we can avoid all the dramas and any incidents that would lead to fights and disunity between race, people and most importantly among the Muslims.
All I can say is that I do support the issues and the concerns of the people about the politics and elections in Malaysia that have been raised but what I don't support is the way we are doing it. There are so many better ways that we can come up with, after all we are all well-educated people with a very wide and open minded so I believe we can come op with a solutions that benefits all of us. This is the time for us (especially the youth and young people/politicians) to act and stop all this dirty politics and other issues regarding the misconduct behaviour, bribery and etc with changing the systems and be one of the important people who have power and knowledge to overcome this problematic issues and people.
Debate Between Khairy Jamaluddin and Ambiga
Watch and judge yourself which sides give a better speech?
Who do you think is trying to point out that they are on the winning side?
Who do you think who can't compromise?
Think and decide what you want or can do to improve al this for the sake of you country.
Is fighting is the option? Or discussion might be the solutions? Or even a war would settle this once and for all?
(Nauzubillah minta2 dijauhkan dari sema itu)
InsyaAllah with God's will, if I will become one of those people who can help our generations and country to be in a better systems even that can slightly give a small impact to the nations, I will do so.
Amin.
Thursday, 26 April 2012
Pasti ada
Setiap langkah pasti ada arah tujunya
Setiap tujuan pasti ada matlamatnya
Setiap orang pasti ada impiannya
Setiap hujah pasti ada huraiannya
Setiap dugaan pasti ada hikmahnya
Setiap kata-kata pasti ada maknanya
Setiap hembusan pasti ada nyawanya
Setiap cinta pasti ada pasangannya
Setiap yang pergi pasti ada penggantinya
Setiap yang berlaku pasti ada pengajarannya
Setiap tangisan pasti ada penyebabnya
Setiap senyuman pasti ada tawanya
Setiap yang hidup pasti ada ceritanya.
Wednesday, 25 April 2012
PortoBello...
Just cut to the chase, here are some pictures from PortoBello Market :)
But before that, met these guys kat Portobello market tengah basking...sedap jugak lagu dorang nie...
Enjoy!
Without this, there will be no DSLR |
Cheap Polaroids |
Polaroids..again.. |
Boxing anyone? |
Can you see me?? |
Printig blocks |
Cuppies...yummy2 |
Churros in making |
A clearer shot of the making |
Churros!!! with Chocolate dip..omnomnomnom |
Cant remember what was this...haha |
Random taken.... :) |
Its the same basket they used in Runningman Episode 63 - SNSD |
Ikan siakap bakar....sedap wey... |
A small stall but full house |
Portobello Market Sign |
........ |
............. |
Cute little teddy bears.... : ) |
Mini cupcakes |
CD player zaman dulu |
Nak satu..!!! |
Europeans food pun ada jual... |
Fresh veggies and fruits |
The famous Portobello Crepes |
............... |
That's it for now...tak sempat nak tangkap banyak pictures sebab ramai and terlalu amazed tengok barang2 murah and kalau berwang dah sapu semua abis...
Till next time...buhbye
Monday, 23 April 2012
Talented People
This post is strictly for those who appreciates musics and arts!
:)
Act 1:
Let me start with this group called "The Loveable Rogues".
They are Indie/local band in UK and are actually number 341 most famous band in UK.
In this BGT 2012 Audition they sang their own song "Lovesick" and they delivered it perfectly.
Act 2 :
Her name is Cher Lloyd and this time was when she audition for X Factor 2012 and the video has hit up tp 22 millions viewers. She sang "Turn My Swag On" originally sing by Soulja Boys but on this audition she sang the Keri Hilson's version of the song. Cher admitted she was horrible nervous before performing but thankfully it didn't seem to affect her vocals. She did received a standing ovation from the audience and the judges love her so much.
Act 3 :
Her name is Lauren Thalia. I fell in love with this gurl NOT only because she :-
- is cute
- is 12 years old
- can plays guitar
But because she sang a song that she chose herself and it suits her very well. And plus she sang it beautifully with that husky voice that she has.
Act 4 :
The name of the act is "James and Ed".
Its annoyingly really funny.
Just watch and prepare to laugh like crazy k
: )
Act 5 :
Especially for gurls.
5 important things :
* French
* 6 Packs
* Good looking
* Martial Arts
* Topless gus
haha
Enuf said!
-End-
Saturday, 21 April 2012
Rindu Terasa
Perlahan-lahan kaki melangkah
Terasa berat setiap degupan
Se akan di tarik ke hadapan
Hanya mampu menoleh
Dengan memberikan senyuman
Sebak terasa pabila tangan melambai
Jeritan si kecil terngiang-ngiang
Masih tidak mampu mengerti perpisahan
Suara semakin halus setelah jauh berjalan
Tapi masih terdengar jeritan
Walaupun seketika
Moga masih segar dalam ingatan
Tersayang dan tercinta bersama
Masih ada rasa gembira terasa
Terbang ku jauh meninggalkan mereka
Berbekalkan doa yang dibawa
Jangan di persia harapan mereka
Hidup sendirian tidak terasa
Mungkin kerana terlalu biasa
Kadang kala terkenang mereka
Sebak mula terasa
Dan supaya tidak terleka
Doakan mereka selamat sentiasa
Oh rindu terasa.
Tuesday, 3 April 2012
Awal Shaari vs Ryan O' Shaughnessy
Ryan O' Shaughnessy |
Katie Lucia Keegan : ) |